Friday, December 28, 2007

Apa yang berlaku kepada mahasiswa kita?

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebabasan sebagai seorang mahasiswa adalah di bawah kawalan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971(AUKU). Ramai (mahasiswa) yang meminta agar akta ini dimansuhkan dengan alasan supaya memperolehi kebebasan pada sepenuhnya. Adalah benar ini juga membantu dalam menghasilkan modal insan atau graduan yang “first class mentality”. Jika memahami dengan lebih mendalami, dimanakah identity kita sebagai mahasiswa sekiranya AUKU dimansuhkan?

Salah satu syarat yang termaktub di bawah AUKU adalah kewujudan sesebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA). Sekiranya ia telah dimansuhkan, maka tiada lagi IPTA. Pada masa itu, kita perlu membayar yuran yang berlebihan tanpa mendapat subsidi daripada kerajaan untuk menamatkan pelajaran tertier untuk memperolehi ijazah. Renungkanlah di sini sama ada AUKU perlu dimansuhkan.

‘Mungkin’ AUKU tidak sesuai untuk diguna pakai pada masa kini. Perkara ini boleh diselesaikan dengan melakukan penggubalan ke atasnya supaya membantu dalam melahirkan graduan yang berkualiti. Kini, ada graduan yang lepasan ijazah dikatakan tidak berkualiti. Kenapa hal sedemikian boleh wujud sedangkan kerajaan telah berusaha untuk menyediakan fasiliti yang terbaik di semua IPTA?

Graduan dikatakan lemah dalam Bahasa Inggeris dan kekurangan keyakinan terhadap diri sendiri semasa menghadiri temuduga. Jika melihat kepada rakan yang ada di sekeliling kita, memang benar ada yang di kalangan kita mendapat keputusan yang baik tetapi apabila disuruh untuk membuat pembentangan di hadapan, mereka akan menjadi gemental dan berasa takut. Ini bukan graduan yang diinginkan oleh negara.

Banyak aktiviti dan program kemahasiswaan yang dirancangan oleh pihak MPP dan Persatuan Mahasiswa sama ada di peringkat sekolah mahupun universiti, akan tetapi, boleh dikatakan hanya pelajar yang sama datang ke sesi temuduga pengambilan ahli jawatankuasa dan menyumbang dalam menjayakan aktiviti yang dianjurkan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa tujuan utama kita masuk ke universiti adalah memperolehi ijazah dengan keputusan sebaik yang mungkin. Sememangnya fokus utama perlu diberikan kepada akademik, tetapi adakah bermaksudnya AUKU melarang mahasiswa untuk menyertai aktiviti kemahasiswaan? Jawapannya sememangnya tidak.

Jika kita menyertai dalam aktiviti kemahasiswaan, banyak yang kita dapat belajar dari situ. Antara yang paling penting adalah teknik berkomunikasi. Kalau kita tidak mahir dalam berkomunikasi dengan orang lain, bagaimana kita menghadiri temuduga pada waktu kelak? Adakah benar keadaan ini sedang berlaku dan kenapa kita tidak berubah dan membuktikan bahawa kita alalah lain daripada yang dikatakan? Hanya kita yang mampu mengubah keadaan ini sebelum kita diubahkan. Cuba bayangkan adakah negara kita akan mendapat kemerdekaan jika Tunku Abdul Rahman “tidak berani” untuk bercakap dan berkomunikasi dengan pihak British dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan. Walaubagaimanapun, negara kita telah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun, jika dibandingkan dengan Singapura yang hanya 42 tahun, Singapura adalah lebih maju daripada kita. Kitalah yang mampu untuk mengubahnya.

Harapan yang amat tinggi diberikan kepada kita dengan kepercayaan bahawa kita mampu menyumbang kepada negara. Jika keadaan sedemikian kekal berterusan, impian dan wawasan kita, Wawasan 2020 tidak akan tercapai. Jadi, apa yang ingin ditunggu lagi?

TAN GUANG MING
EXCO KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN

Saturday, December 22, 2007

EXCO KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) SESI 2007/2008

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

LAPORAN PENYERTAAN DALAM

KEM KEPIMPINAN BELIA MAHASISWA NASIONAL

KE-11(KEMAN) 2007

TARIKH

7 – 9 DISEMBER 2007

TEMPAT

GENTING VIEW RESORT, PAHANG.

Pengenalan

Kem Kepimpinan Belia Mahasiswa Nasional Ke-11 (KEMAN) 2007 adalah satu program tahunan yang diadakan buat kali yang kesebelas pada tahun ini. Tema yang digunakan pada tahun ini adalah “50 years Malaysia, the true reflection”. Sejumlah 120 orang peserta telah menyertai kem kepimpinan ini dan para peserta terdiri daripada pelajar IPTA/S yang berlainan sama ada di dalam atau di luar negara. Daripada jumlah tersebut, seramai 11 orang pemimpin pelajar dari Universiti Malaysia Sabah telah diberi peluang untuk turut serta dalam kem kepimpinan yang berkenaan. Tajuk ceramah dan forum yang diadakan adalah dipilih berdasarkan isu-isu semasa yang berlaku dalam negara. Sesi soal jawab telah diadakan selepas setiap ceramah atau forum untuk bertukar cadangan dan pendapat.

Peserta dari Universiti Malasia Sabah juga mengambil kesempatan untuk menyoalkan beberapa soalan yang bersesuaian dengan tajuk ceramah atau forum. Antara penceramah jemputan adalah Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Liow Tiong Lai, Setiausaha Agung Persatuan Peguam Malaysia, Wakil Polis Diraja Malaysia, Ahli Parlimen dan pembantu editor akhbar tempatan serta pengacara 8TV.

Senarai peserta yang mewakili Universiti Malaysia Sabah

ALEX LAU LIH PING
CHOONG JIAN MING
CHUA YONG WEI
LAWRENCE LIAU KENG FUNG
LIM HUEY MIIN
STEPHEN TIONG KAI KYET
TAN CHOON FEI
TAN GUANG MING
TATRICK LAW TIEU LUNG
WONG JIEH JING
YAN CHIN FEI

Walaubagaimanapun, saudari Wong Jieh Jing tidak dapat turut serta dalam Kem Kepimpinan Belia Mahasiswa Nasional Ke-11 kerana menghadapi masalah keluarga yang tidak dapat dielakkan.

Tentatif Program

7 Disember 2007

1100 Pendaftaran

1130 Berkumpul, Taklimat Kem, Pembahagian Kumpulan

1230 Makan Tengah hari

1330 Sesi Suai Kenal

1430 Majlis Perasmian

1530 Sesi Soal Jawab

1630 Sesi Bergambar

1645 Analysis on Malaysia Social Contract

1830 Makan Malam

2030 50 years Malaysia, The True Reflection

2200 Minum Malam

2215 Pandangan Daripada Pihak Media

2330 Rehat

8 Disember 2007

0700 Bangun

0730 Senaman Pagi

0800 Sarapan Pagi

0830 A Moment With Police Force Malaysia

1030 Minum Pagi

1100 The Beginning, Ending and it’s implication of 513 (13th May)

1300 Makan Tengah hari

1400 Strategic Plan for Higher Education: Laying the Foundation Beyond 2020 and it’s Implementation

1530 Minum Petang

1600 Riadah

1830 Makan Malam

2000 Sesi Suai Kenal antara AJK bersama peserta

2130 Minum Malam

2145 Bersama Pengacara 8TV

2345 Rehat

9 Disember 2007

0700 Bangun

0800 Sarapan Pagi

0900 The 2nd Crisis in Malaysia’s Judicial System

1100 Sesi Bertukar Pendapat Antara Peserta

1230 Makan Tengah hari

1330 Majlis Penutupan

1500 Bersurai

Penilaian

Pada hari pertama, kami didedahkan kepada Perlembagaan Malaysia supaya memahami dengan lebih mendalam isi kandungan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, kami telah membincangkan isu-isu semasa yang berlaku di dalam negara seperti Hindraf dan Bersih. Pandangan dan pendapat daripada pelbagai pihak telah menjadikan kami supaya dapat mempunyai pendirian yang jelas dan tidak senang mempercayai sumber yang sengaja diputar- belitkan.

Pada hari kedua pula, kami telah menukar pendapat dengan wakil pihak polis dalam bidang kerja sebagai seorang polis. Semasa sesi ‘The Beginning, Ending and it’s implication of 513’, kami telah mendengar ceramah daripada Datuk Yap Pian Hon yang merupakan salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri pada masa itu dan terlibat semasa tragedi tersebut berlaku. Pada sebelah petang, kami juga mempunyai ceramah mengenai Pelan Strategik Pengajian Tinggi Nasional yang disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato’ Mustapa Mohamed. Aktiviti yang bersantai telah diadakan pada waktu malam iaitu mendengar perjalanan hidup seorang pengacara 8TV.

Pada hari ketiga, Setiausaha Agung Persatuan Peguam Malaysia menjelaskan sistem perundangan dan kehakiman di Malaysia serta mengenai hak asasi manusia. Selepas Majlis Penutupan, kami diberi peluang semasa sesi soal jawab bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Liow Tiong Lai.

Kesimpulan

Semasa kem kepimpinan ini berlangsung, kami telah mengadakan post-mortem pada waktu malam untuk berbincang soalan yang bakal disoalkan pada ceramah yang seterusnya. Akan tetapi, peluang untuk kami menyoal adalah sangat terhad kerana masa yang tidak mencukupi dan kami perlu bersaing dengan peserta dari universiti yang lain. Kem kepimpinan ini telah membincangkan isu-isu semasa semenjak merdeka dan pelan negara sehingga ke hari ini.

Pihak kami telah belajar untuk lebih berfikiran bernas dalam menghadapi isu-isu sensitif dalam negara iaitu perkauman. Dalam sesi soal jawab yang hangat mengenai identiti dan status bangsa yang dibincangkan, saudara Tatrick Law Tieu Lung telah memberi pandangan beliau berkenaan dengan isu tersebut kerana hal sedemikian adalah berbeza dengan Sabah amnya dan Universiti Malaysia Sabah khususnya.

Bersama dengan laporan ini turut disertakan dengan gambar-gambar yang diambil sepanjang kem kepimpinan berlangsung. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Universiti Malaysia Sabah kerana telah memberi peluang kepada kami untuk menyertai kem kepimpinan ini.

Disediakan oleh,

------------------------------------------------------

TAN GUANG MING (017-7001998)

Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2007/2008

Universiti Malaysia Sabah

LAMPIRAN