Sunday, August 31, 2008

Semangat Patriotik

Malam ini, kita bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-51.
Keadaan dalam Dewan Canselor yang serba indah masih terasa sejuk, mungkin disebabkan oleh keadaan cuaca, mungkin juga promosi pihak penganjur yang lemah serta mungkin air-cond di dalam memang begitu sejuk kerana kurang hangat yang diakibatkan oleh kekurangan penyertaan mahasiswa yang berjumlah lebih kurang 15,000 orang. Sehingga detik 12.00tengah malam, bilangan pelajar yang berada dalam Dewan Canselor masih tidak melebihi 2,000 orang. Adakah kita semua telah lupa kerana sibuk dengan assignment dan midterm? Hari yang cukup penting buat rakyat Malaysia ini seharusnya disambut meriah dan bukan hanya berkata I love Malaysia tetapi dalam hatinya tidak.
Berapa ramai yang masih mengingati dan menghayati Rukunegara? Kenapa Rukunegara? Walaupun pengetahuan saya yang cetek dalam sejarah tetapi saya faham dan menghayatinya. Sering kali ada pihak yang ingin memusnahkan perpaduan seperti mana isu yang hangat pada masa kini iaitu Tumpang di Malaysia. Perpaduan teras kejayaan adalah tema yang cukup bermakna. Kerjayaan hanya dikecapi dengan perpaduan. Tanpa perpaduan maka tiadalah kita semua.
Dari Tanah Melayu ke Malaya dan kemudiannya Malaysia. Rintangan yang tidak terhenti, cabaran yang menanti. Hingga bila wujudnya bangsa Malaysia, sebuah identiti untuk anak Malaysia, di mana penyatuan yang sebenar, toleransi oleh semua pihak, tidak lagi pertikaikan bumiputera dan bukan bumiputera, hanya wujud rakyat Malaysia, bangsa Malaysia.

Thursday, August 21, 2008

Kos Lepas

Definisi Kos Lepas adalah barangan ataupun pilihan yang kedua terbaik dan perlu serta wajib dilepaskan dalam membuat pilihan.
Semasa membuat pilihan, kita perlu bertindak secara rasional dan adalah perlu untuk mengingati bahawa apa yang perlu dilaksanakan dengan kebolehan yang sedia ada. Kita tidak boleh membuat sebarang janjian tanpa mengukur sejauh manakah kemampuan diri dan menyerah atau menyuruh orang lain untuk menyiapkannya. Dalam bidang ekonomi, dengan andaian ceteris paribus, hanya dua pilihan diberikan kepada kita untuk menguji sama ada kita bijak dalam membuat pilihan mengikut keutamaan. Keutamaan perlu diberikan kepada tanggungjawab yang ada pada diri kita tanpa mengira bangsa dan agama kerana kita semua adalah anak Malaysia yang bakal menyambut Kemerdekaan ke-51.
Kebiasaannya, dalam Keluk Kemungkinan Pengeluar(Production Possiblity Frontier), jika seseorang itu adalah rasional maka tidak akan memilih untuk menghasilkan satu barangan sahaja di mana bermaksud hanya menguntungkan satu pihak sahaja. Satu titik persamaan akan dijadikan sebagai pilihan kerana ia menguntungkan kedua-dua pihak dan masing-masing perlu berpuas hati dengan pengorbanan yang dilakukan.

Renungan Bersama (Mesyuarat MPP ke-31)

Friday, August 15, 2008

Surau di SPE

Pagi Isnin yang lepas, saya dibangunkan oleh panggilan pembantu khas Dekan SPE. Disebabkan hari tersebut saya tidak mempunyai kuliah, dan janji temu bersama Dekan adalah pada 2.30 petang, tetapi saya difahamkan bahawa Dekan mempunyai kuliah pada waktu tersebut, dan ‘kak’ Salmiah telah meminta saya untuk berjumpa dengan Dekan sebelum tengahari.

Terfikir kembali, saya telah maklum MPP SPE sewaktu temu janji dibuat dan kini terpaksa memberitahu mereka berkenaan dengan bertukaran waktu. Hati saya berharap supaya rakan-rakan seperjuangan saya tidak mempunyai sebarang kesulitan pada masa yang diberikan. Tujuan perjumpaan dibuat adalah berhubung dengan surau di SPE yang belum mendapat sebarang kata putus dan telah diadu sehingga ke Friendster. Memang usaha saya menjaga hak pelajar dan diri saya juga amat memandang serius dengan perkara ini.

Perbincangan dimulakan dengan isu surau yang disampaikan oleh diri saya telah diber pujian oleh Dekan sendiri. Beliau berkata “You are a good leader” disebabkan saya turut mengambil berat tentang isu surau. Saya menerima dengan senyuman dan terfikir dalam hati bahawa saya bukan wakil MCA ataupun Gerakan mahupun DAP.saya adalah wakil pelajar kepada pelajar SPE di MPP, di mana walaupun tidak melalui proses pengudian, tetapi saya faham tentang bidang tugas yang perlu dilaksanakan tanpa mengira menang tanpa bertanding.

Saya amat menghargai kerjasama yang diberikan oleh Dekan kerana telah membolahkan kami sebagai wakil pelajar memperjuangkan sesuatu yang baik untuk ‘rakyat’. Persetujuan telah dicapai dengan surau lelaki dipindahkan ke pejabat dekan yang lama untuk sementara manakala kedua-dua surau di aras empat dijadikan surau perempuan.

Beberapa isu turut di bawa berbincang dengan Dekan, antaranya adalah soket di bilik tutorial yang tidak berfungsi, meja dan kerusi di bangunan SPE yang tidak mencukupi, televisyen di aras bawah yang tidak digunakan dipindahkan ke Sepanggar SIswa. Kerja-kerja ini adalah satu usaha yang dilihat dapat meningkatkan kesahsiahan dan kesarjanaan pelajar SPE dalam menjaga amanah yang diberikan.

Thursday, August 7, 2008

Tetap berdiri tegap

Baru-baru ini, Friendster telah dihangatkan dengan satu topic yang bukan lagi baru, iaitu bas..oh..problem. Topic ini amat bermakna untuk saya, seperti mana yang saya telah meluahkan dalam blog saya sebelum ini. Malangnya, saya telah dijadikan mangsa fitnah dalam topic tersebut oleh seorang yang saya mengelar dia pengecut kerana tidak menunjukkan nama sebenar, bila dan masa dia menghantar mesej untuk saya berkenaan dengan ketiadaan bas. Tambahan pula, dia agak pandai juga, mungkin kerana takut dikenali; dengan menggunakan akaun yang palsu dalam Friendster, dia melakukan fitnah terhadap saya dengan menuduh sebarangan tanpa menunjukkan apa-apa pun bukti, mungkin kes ini boleh dikaitkan dengan isu Raja Petra dan Datin Seri Rosmah.

Saya masih tidak faham mengapa dan kenapa ‘pengecut ini hendak berbuat demikian, mungkin dia rasa seronok atau memeng ini adalah minatnya. Saya tidak kisah kalau orang yang ingin memalukan saya dengan apa-apa cara sekali pun kalau dengan menunjukkan bukti yang kukuh, tetapi ini tidak. Dia mengelar saya sebagai YB, dimana saya tidak merasakan diri saya ini YB, kerana bagi saya tidak rasa dihormati, dan ini bercanggah dengan istilah ‘Yang Berhormat’ serta begitu juga dengan rakan MPP yang lain. Perkara ini juga saya pernah sentuh dalam blog yang sebelum ini.

Saya tidak mengambil kisah kalau dia ingin meletakkan number telefon saya di dalam Friendster untuk membolehkan para mahasiswa UMS menghubungi saya bagi mendapatkan bantuan. Sebaliknya, dia berkata saya ini tidak membalas mesejnya ketika dia mengadu dengan saya berkenaan bas. memang betul seperti apa yang saya membalas yang mengatakan hanya orang yang mengenali saya sahaja menghantar mesej untuk membuat aduan, tetapi bukan sahaja berkenaan dengan bas, malah banyak juga perkara yang pernah diadukan kepada saya. Tidakan saya adalah membalas mesej kepada mereka yang menghantar mesej kepada saya dan mengambil tidakan yang seterusnya. Walaupun perkara ini difikirkan membazir kerana saya hanya perlu mengambil tindakan yang seterusnya, tetapi saya berasa adalah tanggungjawab saya untuk memeklumkan kepada pengadu saya bahawa aduan mereka telah diterima dan tindakan selanjutnya akan diambil.

Selepas saya menang tanpa bertanding dalam pilihanraya kampus yang lepas bagi kerusi SPE, pernah saya berbincang dengan mantan MPP yang menjadi Exco Kemasyarakatan pada sesi 2006/2007, beliau telah memberitahu saya mengenai cara-cara untuk menghadapi mesej daripada mahasiswa. Beliau memberitahu saya agar berbuat “kalau tiada kredit, kerja tetap jalan!”. Ini sememangnya menjadi salah satu prinsip saya dalam memegang tanggungjawab sebagai Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan selama ini. Akan tetapi, saya tidak pernah menghadapi kehabisan kredit salama ini. Saya tidak mempunyai sebarang alasan untuk tidak membalas mesej aduan yang diterima. Jaminan yang saya berikan dimana kerja tetap jalan bukannya janji manis tetapi adalah benar dan saya kata, saya buat. Saya tidak kisah sama ada orang lain percaya atau tidak kerana saya tetap memegang amanah yang telah diberikan.

Setelah saya membuat analisis terhadap ‘pengecut’ ini, memang orang ini berasal dari SPE, dimana satu sekolah dengan diri saya. Dia juga tinggal di IP, kerana kebanyakan ketidakpuasannya adalah mengenai rakan se-Exco dengan saya. Kalau mahasiswa yang menuntut di UMS semuanya adalah bidang professional, saya kecewa dengan sikap dia yang langsung tidak professional dengan tindakan yang dibuat olehnya. Orang yang sepatutnya berintelligent tetapi nampaknya tidak berintelligent juga dan sekumpulan dengannya dimana langsung tidak mengetahui macam mana ingin membuat keputusan.

Isu bas ini telah wujud sejak UMS ditubuhkan dan belum dapat diselesaikan dengan baik walaupun bertahun-tahun, dan bertukar-tukar NC. Kalau dulu ada yang mengatakan masalah bas wujud disebabkan kekurangan bas, tetapi selepas ditambahkan dengan 10 buah bas pada sesi 2004/2005, masalah bas tetap muncul sehingga kini. Kalau dikatakan bilangan bas akan ditambah pada bulan Ogos ini dengan bilangan tambahan sebanyak 10 buah lagi, saya tidak merasakan masalah bas akan diselesaikan jika manusia tidak berubah dan menambahkan lagi bilangan kecekapan. Kalau dalam ekonomi, kecekapan hanya pada satu tahap yang tertentu sahaja, dimana lebihan dan kurangan daripada tahap tersebut tetap disifatkan sebagai kurang cekap. Mungkin semuanya akan terjawab selepas bermulanya bas baru beroperasi di UMS ini.

Kritikan, kutukan dan fitnah mengenai saya yang timbun di mana-mana untuk menjatuhkan saya boleh disifatkan sebagai cabaran dalam memegang tanggunjawab sebagai ahli MPP kerana perkara ini memang biasa berlaku di arena politik dalam Negara kita seperti yang berlaku ke atas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Wee Ka Siong. Apapun, kalau kritikan itu tepat, memang saya akan menerima.