Friday, December 28, 2007

Apa yang berlaku kepada mahasiswa kita?

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebabasan sebagai seorang mahasiswa adalah di bawah kawalan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971(AUKU). Ramai (mahasiswa) yang meminta agar akta ini dimansuhkan dengan alasan supaya memperolehi kebebasan pada sepenuhnya. Adalah benar ini juga membantu dalam menghasilkan modal insan atau graduan yang “first class mentality”. Jika memahami dengan lebih mendalami, dimanakah identity kita sebagai mahasiswa sekiranya AUKU dimansuhkan?

Salah satu syarat yang termaktub di bawah AUKU adalah kewujudan sesebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA). Sekiranya ia telah dimansuhkan, maka tiada lagi IPTA. Pada masa itu, kita perlu membayar yuran yang berlebihan tanpa mendapat subsidi daripada kerajaan untuk menamatkan pelajaran tertier untuk memperolehi ijazah. Renungkanlah di sini sama ada AUKU perlu dimansuhkan.

‘Mungkin’ AUKU tidak sesuai untuk diguna pakai pada masa kini. Perkara ini boleh diselesaikan dengan melakukan penggubalan ke atasnya supaya membantu dalam melahirkan graduan yang berkualiti. Kini, ada graduan yang lepasan ijazah dikatakan tidak berkualiti. Kenapa hal sedemikian boleh wujud sedangkan kerajaan telah berusaha untuk menyediakan fasiliti yang terbaik di semua IPTA?

Graduan dikatakan lemah dalam Bahasa Inggeris dan kekurangan keyakinan terhadap diri sendiri semasa menghadiri temuduga. Jika melihat kepada rakan yang ada di sekeliling kita, memang benar ada yang di kalangan kita mendapat keputusan yang baik tetapi apabila disuruh untuk membuat pembentangan di hadapan, mereka akan menjadi gemental dan berasa takut. Ini bukan graduan yang diinginkan oleh negara.

Banyak aktiviti dan program kemahasiswaan yang dirancangan oleh pihak MPP dan Persatuan Mahasiswa sama ada di peringkat sekolah mahupun universiti, akan tetapi, boleh dikatakan hanya pelajar yang sama datang ke sesi temuduga pengambilan ahli jawatankuasa dan menyumbang dalam menjayakan aktiviti yang dianjurkan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa tujuan utama kita masuk ke universiti adalah memperolehi ijazah dengan keputusan sebaik yang mungkin. Sememangnya fokus utama perlu diberikan kepada akademik, tetapi adakah bermaksudnya AUKU melarang mahasiswa untuk menyertai aktiviti kemahasiswaan? Jawapannya sememangnya tidak.

Jika kita menyertai dalam aktiviti kemahasiswaan, banyak yang kita dapat belajar dari situ. Antara yang paling penting adalah teknik berkomunikasi. Kalau kita tidak mahir dalam berkomunikasi dengan orang lain, bagaimana kita menghadiri temuduga pada waktu kelak? Adakah benar keadaan ini sedang berlaku dan kenapa kita tidak berubah dan membuktikan bahawa kita alalah lain daripada yang dikatakan? Hanya kita yang mampu mengubah keadaan ini sebelum kita diubahkan. Cuba bayangkan adakah negara kita akan mendapat kemerdekaan jika Tunku Abdul Rahman “tidak berani” untuk bercakap dan berkomunikasi dengan pihak British dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan. Walaubagaimanapun, negara kita telah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun, jika dibandingkan dengan Singapura yang hanya 42 tahun, Singapura adalah lebih maju daripada kita. Kitalah yang mampu untuk mengubahnya.

Harapan yang amat tinggi diberikan kepada kita dengan kepercayaan bahawa kita mampu menyumbang kepada negara. Jika keadaan sedemikian kekal berterusan, impian dan wawasan kita, Wawasan 2020 tidak akan tercapai. Jadi, apa yang ingin ditunggu lagi?

TAN GUANG MING
EXCO KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN

No comments: