Wednesday, July 30, 2008

Satu jam setengah tunggu bas?

Hari ini keadaan bas di UMS memang berada dalam keadaan yang kritikal. Banyak pelajar yang lewat ke kuliah, sehingga ada yang tertinggal kuliah. Semua ini salah siapa? Dulu memang bas tunggu di bustop tepat jam 7pagi, tapi sekarang nampaknya tidak. Pelajar tahun satu memang rajin menggu bas, ada yang mula menunggu bermula jam 6.30pagi. Semuanya berasa bimbang dan tidak sanggup untuk lewat.
Seperti biasa, saya keluar dari kolej pada 7.45pagi, keadaan di Kolej kediaman E seperti biasa, tiada perubahan, masih panjang barisannya. Apabila saya sampai di simpang Kolej kediaman CD, bilangan pelajar memang menakjubkan, seolah-olah tengah membuat tunjuk perasaan. Begitu juga dengan kolej kediaman AB, tetapi ada pelajar yang berjalan kaki menuju ke DKP kerana kecewa dengan perkhidmatan bas yang dibekalkan oleh pihak university.
Kita sepatutnya menyelesaikan semua masalah yang sedia ada, bukan menunggu bas yang baru untuk menyelesaikan masalah tersebut untuk kita. Minggu lepas kami tidak diberitahu bilangan bas yang diperuntukkan seperti minggu yang sebelumnya. Peruntukan bas mengingatkan saya berkenaan Budget yang dibuat oleh Kementerian Kewangan dan dibentang oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan setiap tahun di parlimen. Peruntukan belanjawan sebenarnya bergantung kepada aktiviti ekonomi dalam sesebuah Negara bagi tempoh setahun. Keadaan ekonomi akan menyebabkan peruntukan belanjawan diubah supaya ekonomi Negara berada dalam keadaan yang stabil. Kalau berbincang mengenai bas, ia sepatutnya mengikut keadaan ekonomi semasa seperti kenaikan harga minyak menyebabkan subsidi terhadap harga minyak dikurangkan.
Saya masih tidak faham kenapa tidak kita menggunakan cara yang fleksibel, kalau pelajar yang menunggu bas di sesebuah bustop telah tiada, maka bas yang diperuntukan tersebut membantu untuk menghantar pelajar di kolej kediaman yang lain.
Banyak mesej telah saya hantar pada pagi ini, tetapi jawapan yang saya dapat memang tidak memuaskan hati. ‘Kalau saya boleh memandu, saya telah memandunya’. Jawapan dari pihak tertentu seolah-olah menolak tanggungjawab dan keadaan di IP juga seteruk dengan kolej yang lain. Coursemate saya yang dipanggil Mawi, kerana gaya rambut serupa dengan Mawi, yang dia mungkin ada bakal yang seperti Mawi, telah memberitahu saya bahawa satu jam setengah telah digunakan untuk menunggu bas. apabila dia sampai di SPE, kuliah telah tamat dan dia ditinggalkan. Semasa dia datang berjumpa dengan saya, saya tidak tahu macam mana untuk menjawab dengan dia, kerana dia nampaknya tidak menyalahkan kami, yang saya merasakan memang ada di antara kami perlu bertanggungjawab.
Walaubagaimanapun, masalah ini telah lama wujud dan langkah penyelesaian masih tidak kelihatan keberkesanan dan diharapkan pentadbiran UMS akan memandang serius mengenai hal yang kian memudarat ini untuk menjadikan UMS sebuah university yang bertaraf 5-bintang.

Nyawa anjing

Diri saya agak tersesat sedikit kerana belum pasti isi yang bakal saya menulis dalam blog kali ini. Cuma saya terasa simpati kepada anjing-anjing yang telah lama menuntut ilmu dalam UMS. Sebenarnya, anjing terbahagi epada banyak jenis, ada yang liar dan sebaliknya. Diri saya tidak berapa suka dengan anjing kerana selalu melihat puak anjing yang berkeliaran di merata-rata tempat.
Nyawa manusia, amat berharga, tapi macam mana dengan nyawa anjing? Saya yang ditugaskan untuk memastikan anjing dalam kampus berkurangan dan diharapkan akan pupus. Bukan UMS sahaja yang merupakan university terpaksa berperang dengan anjing, malahan university jiran kita, UNIMAS juga mempunyai masalah yang sama.
Anjing merupakan ciptaan tuhan, bernyawa, tetapi mungkin tidak berhak menentukan nasibnya. Dalam usaha tembakan anjing yang dilakukan oleh Bahagian Keselamatan UMS dengan bantuan DBKK, tembakan anjing telah dilakukan dengan angka yang tidak terhingga. Saya hairan juga berkenaan bilangan anjing yang masih hidup, kenapa boleh terlepas dari itu.
Jika dilihat dari sudut yang lain, mungkin anjing itu bernasib baik, dan saya juga tidak ingin melihat anjing-anjing ditembak mati. Apa kesalahan yang dilakukan oleh puak anjing ini? Adakah kerana ia selalu membuat perarakan di jalan raya dan mengancam keselamatan pelajar? Kami pernah menerima aduan tentang anjing yang mengancam pelajar, mengganggu pelajar, dan memasuki rumah.
Pernah sekali seorang pelajar menghantar mesej ke nombor semua ahli MT MPP, tanpa mengira kampus induk atau kampus Labuan. Kegeraman boleh dirasai dari mesej tersebut dengan penggunaan bahasa yang begitu marah. Bukan kami tidak menginginkan tembakan dibuat, anjing pun berotak juga, kalau manusia pandai menyembunyikan diri semasa diancam, begitu juga dengan anjing.
Anjing seolah-olah telah menerima maklumat bahawa tembakan akan dibuat dan terus menghilang. Usaha tembakan anjing ada kalanya boleh dikatakan adalah sia-sia kerana masalah kehilangan anjing secara tiba-tiba setiap kali tembakan anjing dibuat. Kalau diri kita merupakan anjing, kita juga tidak menginginkan tembakan dibuat. Binatang juga bernyawa, kalau kita tidak kacaunya, saya tidak merasa anjing akan menyerang kita. Walaubagaimanapun, usaha tembakan anjing akan diteruskan sehingga UMS berada dalam keadaan yang sejahtera.

Friday, July 25, 2008

Terpaksa, tiada pilihan!

Kalau dalam teori ekonomi yang pada awalnya saya belajari, setiap daripada kita tidak dapat terlepas daripada membuat pilihan, malahan pilihan itu semestinya membawakan kos lepas, dimana tiada manusia yang better-off sekiranya seorang lagi tidak menghadapi worse-off.
Pengalaman saya pada hari Selasa yang lepas adalah amat pahit. Diri saya berasa begitu serba salah kerana tidak dapat menolong pelajar-pelajar yang terpaksa menggugurkan kursus minor bagi Sekolah Perhutanan Tropikal Antarabangsa(SPTA) walaupun diri saya duduk dala dewan kuliah yang sama dengan mereka. Salah siapa? Bukan kita semua, orang yang mengaut keuntungan bagi sistem yang sedang memaju ke hadapan mungkin.
Setiap kursus mempunyai kuota, dimana mengukur mengikut had muatan dewan kuliah masing-masing. Apa yang berlaku di situ adalah, oleh kerana keutamaan perlu diberikan kepada pelajar final year, mereka terpaksa, tiada pilhan untuk menggugurkan kursus yang telah mereka mengikuti buat 3 minggu. Rasional yang mengatakan keutamaan haruslah diberikan kepada pelajar tahun akhir adalah betul, supaya mereka dapat menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan. pengorbanan pelajar tahun 2 yang dahulunya hanya dibenarkan mendaftar pada hari kedua semasa pendaftaran kursus, yang pernah saya melaluinya tidak seteruk keadaannya yang terpaksa ada pelajar menggugurkan kursus.
Mungkin sistem terdebut perlu diberikan penekanan dalam hal ini supaya mangsa pendaftaran tidak akan wujud lagi. Sememangnya kita semua menyambut baik pendaftaran secara online yang telah lama pelajar menanti-nantikan supaya memudahkan proses pendaftaran. Diri saya mengharapkan prihatin dari Bahagian Perkhidmatan Akademik untuk menghasilkan dan menaik taraf system tersebut supaya tidak menyusahkan para pelajar.
Mungkin sekadar ini sahaja pandangan diri saya dalam memperjuangkan segala kebajikan pelajar. Kegunaan perkataan dalam menulis blog ini yang perlu berhati-hati kerana pembaca amat mudah salah faham maklumat yang hendak disampaikan sehinggakan peringatan telah diberikan. Mungkin juga prinsip diri saya yang memperjuangkan kebajikan pelajar telah digredkan sebagai pro-pelajar yang saya tidak mempunyai sebarang ulasan dan komen berkenaan dengan itu kerana MPP tidak memihak kepada mana-mana pihak politik tetapi hanya kepada kebenaran.
Tugas saya yang menjadi seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan diberikan tanggungjawab untuk mewakili pelajar perlu saya utamakan dahulu dalam segala usaha untuk memperjuangkan hak dan kebajikan pelajar.

Monday, July 21, 2008

Ekonomi Politik

Kuliah pada pagi Jumaat yang lepas, ketua program saya telah memberitahu bahawa beliau tidak suka dengan politik seperti mana dalam kuliahnya yang mengajar tentang Ekonomi Fiskal. Apa yang bermain dalam fikiran saya pada ketika itu adalah bagaimana beliau boleh memasuki bidang ekonomi memandangkan beliau tidak suka dengan politik. Kemungkinan besar beliau menipu atau mempunyai kesulitan dalam mengulas tentang perkembangan politik Malaysia pada masa kini.
Perkataan politik yang berasal dari perkataan Greeks yang bermaksud banyak helah. Jika melihat kembali kepada kursus Sejarah Pemikiran Ekonomi di mana benar-benar menarik minat diri saya yang diajar oleh Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Prof. Madya Dr. Hj. Kasim Hj. Md Mansur. Beliau yang begitu arif dalam bidang ini sehingga boleh mengetahui apa yang telah ditinggalkan oleh pelajarnya dalam pembentangan mengikut tajuk yang telah diberikan.
Jika kita melihat kembali kepada Sejarah Pemikiran Ekonomi dimana ada yang mengatakan bermula pada zaman Adam Smith yang digelar Bapa Ekonomi menerusi karya agung beliau yang bertajuk ‘The Wealth of Nation’ pada tahun 1776. Perkataan ekonomi sebenarnya adalah berasal daripada perkataan ‘Ekonomi Politik’ di mana selepas itu ditukarkan kepada Ekonomi atas berubahan unsur-unsur matematik dan selebihnya pada abab ke-19.
Sebelum zaman Adam Smith, dua tokoh ekonomi yang terkenal ialah Machiavelli dan Thomas Hobbes pernah menyentuh tentang ekonomi politik masing-masing dalam ‘The Prince(1513)’ dan ‘Leviathan(1651)’. Ekonomi Politik biasanya dikaitkan dengan unsur ekonomi, perundangan, dan sains politik untuk mengkaji bagaimana institusi politik atau kitaran politik mempengaruhi antara satu dengan lain. Ia juga mengkaji tentang kelakuan politik dalam ekonomi seperti mana yang didebatkan dalam Debat Antara Dato’ Seri baru-baru ini berkenaan dengan isu kanaikan harga minyak. Jelas kita boleh melihat dari situ dimana semuanya adalah berkenaan dengan makroekonomi.
Satu teori yang pernah saya pelajari dalam ekonomi plolitik adalah untuk mendapatkan sesuatu, kita seharusnya membuat apa sahaja untuk mencapai matlamat sama ada apa yang dilakukan merupakan sesuatu yang baik atau buruk. Di situ jelas kelihatan dalam politik negara kita pada hari ini, iaitu tidak memberikan peluang kepada musuh politik untuk berdiri dalam bidang tersebut.
Sememangnya dari awal lagi ekonomi telah mengajar kita tentang bagaimana untuk membuat pilihan dengan sumber yang ada dan pada waktu yang sama kita perlu mengorbankan barangan yang kedua terbaik. Adakah ini bermaksud kita perlu menghapuskan semua musuh kita untuk mencapai matlamat? Mungkin kesemuanya hanya boleh dijelaskan dengan ekonomi politik .

Friday, July 18, 2008

Isu bas yang belum selesai

Setipa kali dalam mesyuarat mingguan MPP pada akhir-akhir ini, suka Exco Perumahan dan Perkhidmatan Pelajar yang sentiasa bergelar diri mereka dengan bangga Exco 3P akan melaporkan bilangan bas yang diperuntukkan untuk setiap kolej pada minggu tersebut. Selalu diberitahu ‘Kampung E ada 6 bas’.
Setiap minggu, semasa kuliah saya pada jam 8pagi, diri saya terasa malu melihat pelajar di kolej kediaman E yang beratur dengan corak yang berpusing, tetapi panjang melepasi Pusat Perkhidmatan, sehingga block A2 dan B1. Selalu saya hairan dan selalu saya adu. Bila mesej yang saya hantar diterima, En. Lupin akan balas dengan ‘OK’, dan kadang-kala tidak membalas.
Dalam fikiran saya, adakah bilangan bas yang diberitahu itu betul atau tidak. Andai kata betul mempunyai bas yang sebilangan itu, mengapa pelajar perlu berbaris panjang? Bukan kolej kediaman E yang mempunyai masalah bas, malahan Kolej AB dan CD turut senasib. Memang kesihan melihat wajar-wajar pelajar semasa menunggu bas, jam pun menunjukan 7.50pagi, kalau mereka sampai ke destinasi lambat, maka mereka akan dihalau keluar.
Dalam perjalanan saya pergi ke kuliah pagi ini, bustop di AB dan CD penuh dengan pelajar, siapa yang mampu untuk memberikan penjelasan? Selepas Program Jana Jalinan (PJJ) yang dibuat selama beberapa minggu yang mengerakkan banyak tenaga adalah tidak cekap kerana masalah masih lagi timbul. PJJ memang merupakan program yang baik, tetapi tidak perlu dijalankan setiap minggu kerana masalah yang sama dihadapi oleh pelajar belum dapat diselesaikan lagi dan ada di antara mereka memang kecawa dengan MPP yang saya difahamkan bukannya pemimpin pelajar yang selalu dalam ucapan ‘barisan kepimpinan MPP’.
Kami seolah-olah hanya bergantung kepada bas baru yang akan tiba pada Ogos nanti sedangkan masih jauh harinya dan masih menjadikan para pelajar sengsara. Mungkin pentabiran UMS hanya tahu menawarkan kursus Pengurusan tetapi tidak membuat kajian bagaimanakah pengurusan yang mereka melakukan dan adakah efektif atau tidak untuk pelajar kerana pelajar merupakan pelanggan kepada university.
Saya bukan ingin meminta pujian dalam mesyuarat seperti yang selalu mendengar hanya diberikan kepada Exco yang tertentu sahaja tetapi masalah tetap wujud malah Exco yang bekerja keras tetapi tidak kelihatan dikatakan tidak membuat kerja. Kalau dibandingkan, apakah kerja yang MT buat selama ini kerana pernah dalam mesyuarat dengan bangganya mereka berkata setiap daripada mereka juga membuat laporan kerja dan pada hakikatnya telah disenaraikan dalam papan notis para MT yang tidak menghantar laporan oleh Setiausaha Agung baru-baru ini. Kami semua bertanya, adakah apa yang MT katakan dalam mesyuarat betul atau tidak kerana presiden sendiri pun tidak menghantar laporan tetapi hanya mengejar Exco untuk menghantar tepat pada masa yang ditetapkan.
Mungkin masalah teknikal ataupun masalah komunikasi berlaku di situ yang kami tidak mengetahui tetapi kami berhak untuk mengetahui.

Thursday, July 10, 2008

Hancock

Hancock, sebuah filem yang ditontoni oleh orang rami, ditotoni oleh mahasiswa UMS. Seorang wira, tetapi pada mulanya tidak dikenang jasanya, dimarahi orang ramai, dan pada akhirnya dimasukkan ke dalam penjara. Mengapa?

Hidup Hancock, seolah-olah hidup MPP. Biarpun betapa semangat hancock menyelamatkan nyawa, menjaga kebajikan masyarakat dan memelihara keselamatan, tetapi segala ini telah dibalaskan dengan feedback yang bersifat negative. Orang tidak faham, orang tidak tahu, orang tidak mengenang, malah orang marah, orang ejek, orang hentam.

Bukan nak tunjuk betapa susah perjalanan MPP dalam menjaga kebajikan, diri saya juga tidak faham mengapa MPP seolah-olah bermusuh dengan semua mahasiswa, ingatkan hanya bermusuh dengan mereka yang tertewas atau terbatal semasa pilihanraya kampus.

Mungkin betul juga jika melihat cara yang digunakan oleh Hancock dalam menjalankan tugas, berapa banyak kerugian yang terpaksa ditanggung, berapa ramai yang turut dijadikan mangsa. Mungkin itu merupakan sebab-sebab beliau tidak disukai. Tetapi, MPP melakukan kerja mengikut suara mahasiswa, memperjuangkan untuk mahasiswa, malangnya mahasiswa tidak tahu apa yang sebenarnya MPP cuba melakukan.

Bukan namanya laut kalau tiada ombak, bukan namanya manusia kalau tidak bersalah. Hancock pada akhirnya mengakui salah dan memasuki penjara. Sejak bila MPP mengakui bersalah jika bersalah? Dalam usaha menukar imej beliau dari buruk ke baik, berapa banyak rintangan yang terpaksa ditempuhi, untuk menjadi wira kepada semua.

Walaubagaimanapun, kesudahan Hancock yang tabah untuk berdiri semula amat dikagumi. Memang susah walaupun dia bukan manusia biasa. Tetapi dia dapat melakukannya dengan begitu baik. Usaha dan amanah yang diberikan dijaga dengan baik. Selamat berjuang Hancock!

Sunday, July 6, 2008

Perpaduan buatan

Ada yang di antara kita yang selalu bercakap tentang perpaduan, menegaskan kepentingan perpaduan, menyerukan agar perpaduan, yang pada hakikatnya mereka adalah golongan yang tidak menikmati erti perpaduan.

Pandangan erti perpaduan oleh setiap individu adalah berlainan, ada yang merasakan bercampur dengan kaum lain adalah perpaduan, ada yang merasakan berkawan dengan kaum lain adalah perpaduan, ada juga yang tidak berbuat apa-apa, tetapi dalam hati mereka telah disemaikan dengan erti perpaduan yang mendalam.

Tun Dr Mahathir dalam Wawasan 2020 menggariskan bahawa wujudnya bangsa Malaysia, sebuah identity baru bagi rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Setiap kali apabila mengisi borang, ruang ‘Bangsa’ tetap saya mengisikan Malaysia, dan berapa orang yang juga sependapat dengan saya bahawa mereka juga mengisi dan bergelar diri mereka bengsa Malaysia?

Betul mengenai apa yang diperkatakan oleh YB Datuk IR Idris Haron dalam amanatnya kepada pelajar UMS yang mengatakan berkenaan makanan. Kaum Melayu tidak boleh memakan daging khinzir, kerana itu bukan makanan yang halal bagi mereka. Kaum India tidak boleh memakan daging lembu, kerana itu adalah Tuhan mereka. Tetapi persoalannya di sini adalah, kenapa orang Melayu tidak boleh memakan daging khinzir kita semua boleh faham, makanan tersebut tidak akan wujud di atas meja makan sekiranya terdapat kaum Melayu di situ, tetapi walaupun kaum India berduduk bersama dengan kita, dan daging lembu yang dihidangkan di atas meja. Apakah perasaan mereka apabila melihat itu? Kalau betul kita menginginkan perpaduan, kenapa kita tidak dapat bertoleransi? Mengapakah tidak kita mewujudkan menu yang bernama ‘makanan muhibbah’? beliau juga memberikan gambaran bahawa tidak dapat kita memenuhi semua kehendak manusia yang diamalkan dalam sistem demokrasi.

Dalam MSM kali ini, apa yang saya dapat lihat adalah cara mengambil tempat duduk yang dimana kumpulan India satu kumpulan, kumpulan Cina satu kumpulan… Kalau cara duduk mereka tidak mendatangkan masalah, mengapa tiba-tiba PSM bagi bahagian protocol mencampurkan mereka dengan kaum lain, dimana memisahkan mereka. Ini bukan namanya perpaduan tetapi ‘perpaduan buatan’. Mungkin produk sebegitulah yang mereka ingin menghasilkan yang dinamakan Buatan Malaysia.

Pada zaman sekolah menengah saya, pernah satu kelas diadakan yang dinamakan ‘kelas bahasa’. Pelajar yang mengikuti kelas tersebut adalah pelik, tidak pernah ada yang dari kaum Melayu, cuma guru yang mengajar adalah kaum Melayu. Kelas tersebut dilancarkan kerana melarangkan pelajar berbahasa ibunda di dalam kawasan sekolah dan sekiranya didapati bersalah maka akan diwajibkan untuk mengikuti kelas tersebut. Kalau pelajar Cina bertutur dalam Mandarin, mereka perlu ke kelas bahasa, kalau pelajar Inda bertutur Tamil, maka mereka perlu ke kelas bahasa, kerana masing-masing bertutr dalam bahasa ibunda. Tetapi kenapa palajar Melayu yang bertutur dalam bahasa Melayu tidak diwajibkan ke kelas tersebut dan mengapakah program sebegini dijalankan dengan alasan supaya dapat mencapai perpaduan.

Prof Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim, seorang sejarahwan yang mengingatkan diri kita perjalanan pemimpin pada zaman mencapai kemerdekaan harus dikenang supaya kita tidak berlaku pecah belah. Kenapa hal-hal yang sebegini orang yang sama bidang dengan beliau tidak faham ertinya?

Diri saya sebenarnya amat kagum dengan sekumpulan secretariat bahawa mereka ingin memperkasakan bangsa Malaysia yang pada hakikatnya belum lagi wujud dan mungkin mereka hanya tembak sebarangan. Masa kursus secretariat yang lepas saya pernah bertanya mereka macam mana hendak memperkasakan kerana belum wujud lagi. Mungkin cara penyampaian saya bermasalah dan diri saya telah digredkan sebagai golongan yang racist bermula pada masa itu.

Kini, saya diberi nama Yong Teck Lee, bekas Ketua Menteri Sabah yang kini ingin membawa SAPP keluar dari BN kerana tidak percaya kepada Perdana Menteri. Munkin ia terjadi disebabkan saya berkata dua presiden MPP yang semua orang mengganggap sayahilang kepercayaan kepada presiden MPP. Nampaknya mereka tidak memahami contoh yang saya berikan pada hari tersebut dan hanya mengetahui macam mana ingin menghentam saya supaya dapat menunjukkan diri mereka sangat hebat yang pada hakikatnya tidak.

Walaubagaimanapun, sebelum kita memperkasakan bangsa Malaysia, kita perlu memperkasakan perpaduan terlebih dahulu supaya Wawasan 2020, wawasan negara, wawasan kita semua tercapai di samping meningkatkan keboleh saingan produk buatan Malaysia.