Tuesday, May 27, 2008

Masih dalam perjuangan

Majlis Perwakilan Pelajar kini boleh disifatkan sebagai dipilih tetapi tidak dihormati, apa kata lagi bagi mereka yang menang tanpa bertanding seperti diri saya.
Perjuangan MPP dalam menjaga dan memelihara hak serta kebajikan pelajar belum pernah dipandang ringan tetapi malangnya sebagai 'YB' yang sepatutnya dihormati tidak mendapat sebarang penghormatan dan penghargaan daripada rakyat diri kita. Bukannya kita inginkan pulangan daripada mereka, sebaliknya mereka patut memahami tugas kita dan bidang kuasa kita.
Ramai yang berpendapat bahawa MPP boleh membuat apa jua sahaja dalam kampus, tetapi mereka tidak memahami dan ada yang tidak sedar bahawa apa yang termaktub dalam AUKU. Walaupun ini bukan alasan bagi kerja atau tuntutan dalam menjaga kebajikan mahasiswa, tetapi banyak mahasiswa yang tidak mengetahui AUKU, sehinggakan ada yang tidak tahu apa itu AUKU. Ini merupakan satu perkara yang malang kerana mahasiswa sendiri tidak mengetahui AUKU dan apabila terlibat dengan apa-apa tindakan yang bercanggah dengan AUKU, mereka meminta AUKU dimansuhkan dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.
Pada pendapat saya, AUKU memang mempunyai kelemahan dan kelemahan itu boleh digubal tetapi bukannya dimansuh. Pemansuhan sebuah akta bukan sahaja memakan masa yang panjang tetapi adakah kita yang bergelar 'mahasiswa' mendapat jaminan pada waktu kelak?
MPP lagi, sebuah tajuk yang agak hangat di forum Friendster sekarang, jelas kita kelihatan kritikan yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak yang tidak mengenang budi dan tidak memahami serta tidak menghargai. Kalau cakap itu suatu yang amat senang, kenapa tidak kita menyahut cabaran untuk bertanding semasa pilihanraya kampus? Bukankah itu merupakan tindakan pengecut yang berbuat demikian?
Mahasiswa cuti kami duty, berapa banyak cuti yang terpaksa dikorbankan bukannya dengan kerja yang sia-sia sahaja. Sungguh bertuah barisan Majlis Perwakilan Pelajar pada kali ini yang di bawah pimpinan saudara Hasanal Hassan Alban, presiden yang dikasihi dan berwibawa serta sentiasa peka dan fokus kepada keperluan mahasiswa UMS. Mahasiswa UMS juga harus faham bahawa tindakan yang diambil bukan dapat menyelesaikan masalah dalam masa yang terdekat, ada yang mengambil masa sehingga Majlis Perwakilan Pelajar pada sesi yang seterusnya.
Saya yang juga suka kritikan terhadap diri saya supaya membantu dalam meningkatkan kualiti kerja sentiasa mengalu-alukan sebarang kritikan yang rasional. Perjuangan saya demi kebajikan mahasiswa UMS adalah tidak pernah dilengahkan selagi saya masih memegang jawatan sebagai Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan dalam Majlis Perwkilan Pelajar sesi 2007/2008.

No comments: