Monday, June 9, 2008

Lawatan MPP UMS ke sekitar Lembah Klang

4hb – 8hb yang lepas, MPP UMS telah mengadakan lawatan rasmi ke IPTA dan IPTS yang berada di sekitar Lembah Klang serta Parlimen Malaysia dan Kementerian Pengjian Tinggi. Lawatan yang dinamakan ‘Tiupan Bayu Membawa Salam’ dirangcang dibawa PMUMS dimana memberi peluang untuk JAKMAS dan Persatuan Sekolah untuk menghantar wakil masing-masing turut berserta dalam program ini. Rombongan delegasi yang mempunyai 42 wakil telah bertolak pada petang 3hb.

Tempat kediaman sementara telah mendapat persetujuan pihak UPM dimana menetap di Kolej Kelima dengan kadar RM5 setiap hari bermula dengan lawatan ke Parlimen Malaysia. Wakil UMS cukup bertuah kerana dapat berjumpa dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk IR Idris yang menghadiri sesi menjawab di Dewan Negara. Ucapan aluan oleh beliau untuk menyambut wakil UMS telah membawakan nama UMS kepada peringkat parlimen. Pihak kami diberitahu bahawa UIAM hanya diberi RM16000 setiap sesi untuk menambung segala aktiviti kemahasiswaan semasa sesi dialog bersama wakil MPP UIAM. Walaupun mengalami kelewatan, tetapi meraka tetap menyambut dengan penuh mesra. Perjalanan yang seterusnya adalah melawat ke UKM yang terletak di Bangi. Isu perpaduan sekali lagi didialogkan untuk mencari resolusi bagi mencapai perpaduan. Berita tergempa berkenaan isu kenaikan harga petrol telah menjadi bahan perbincangan antara kami pada malam itu dengan pengumuman kenaikan harga terbaru petrol kepada RM 2.70 seliter yang dibuat oleh Pak Lah.

Hari kedua dimulakan dengan lawatan ke UiTM, Shah Alam. Pelbagi soalan berkenaan dengan perpaduan menjadi tajuk perbincangan dan terutamanya persediaan mahasiswa UiTM untuk berinteraksi dengan kaum lain selepas bergraduan. Suasana yang agak sejuk berlaku semasa lawatan ke Universiti Monash yang berkeadaan hujan. Bahasa pergaulan yang digunakan di Monash yang merupakan Inggeris menyukarkan sesetengah wakil untuk mengeluarkan pendapat. Akan tetapi, suasana menjadi hangat semula semasa di UM terutamanya membincangan desakan perletakkan jawatan Presiden MPMUM. Soalan berkenaan politik dan ‘aspirasi’ juga dibincangankan di situ.

Pagi hari ketiga diceriakan dengan lawatan ke Kementerian Pengajian Tinggi. Keadaan yang menghampakan ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang berjanji akan berjumpa dengan kami tidak dapat berbuat demikian kerana mempunyai urusan rasmi di Melaka. Lagu ‘Bertekad Cemerlang’ telah dimainkan di bangunan Kementerian Pengajian Tinggi semasa menunggu ketibaan pegawai bertugas jelas menunjukkan semangat kecintaan kepada Universiti Malaysia Sabha. Istana Kehakiman menjadi tempat yang ditujui seterusnya dengan lawatan dan penerangan sistem kehakiman oleh pegawai bertugas.

Walaupun sekian lama menetap di UPM, satu majlis perjumpaan dan perpisahan diadakan pada pagi hari keempat dan sekali lagi membincangan mengenai perpaduan. YDP MPP UPM mencadangkan agak satu MoU dibuat sebagai hasil sesi dialog berkenaan. Dialog demi dialog, hasil dan pengalaman yang amat berharga telah dialami untuk memantapkan lagi MPP sesi 2007/2008.

1 comment:

lAl said...

Nice opinion!!!!ahaha