Tuesday, June 17, 2008

Pemergian seorang tokoh

Tanggal 17 bulan Jun merupakan hari terakhir Prof. Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin dalam menjawat jawatan sebagai Naib Canselor UMS yang kedua. Walaupun belum sempat saya berjumpa dengan beliau semasa 'clock-out' pada jam 5 petang tadi, tidak sia-sia juga Majlis JasaMu Dikenang Naib Canselor pada malam semalam yang sempat mendengar ucapan beliau buat kali terakhir.
Beliau yang begitu aktif dalam bidang akademik bagi pengkhususan Fizik serta politik, memang jarang dan nampaknya merupakan sejarah sejak penubuhan UMS. Dalam tempoh 3 tahun beliau menjadi Datuk VC, perubahan yang besar telah ditinggalkan oleh beliau.
Pernah sekali bangun pada awal pagi untuk semata-mata mendengar ceramah yang beliau sampaikan kepada peserta Selangkah Ke Menara Gading(SEMEGA) siri pertama. Beliau yang begitu hebat dalam kata-kata beliau yang penuh dengan semangat dan memang kelihatan seolah-olah sedang berkempen.
Beliau yang berasal dari Batu Pahat, Johor dengan fikiran yang sentiasa memikirkan kepentingan Sabah telah menjadikan beliau tidak dapat menyambung tugas beliau atas sebab kepentingan politik yang terdapat dalam Negeri Di Bawah Bayu.
Beliau masih bertugas sebagai pensyarah di SST dan diharapkan sumbangan beliau terhadap kepada UMS tidak sampai ke penghujung jalan. Semoga beliau sentiasa dalam keadaan yang sihat-sejahtera.

No comments: