Thursday, June 26, 2008

Kebenaran yang tidak diketahui

Pemimpin seharusnya berani mengakui kesalahan dirinya dalam apa jua kesalahan yang dilakukan.

Sepatutnya, individu yang tidak mengetahui kejadian sebenar tidak berhak untuk bersuara kerana suara-suara itu bukan sahaja akan memburukkan lagi keadaan malah adalah lebih teruk suara yang bukan-bukan itu bukan sahaja menyerang sebaliknya lebih melampau.

Kekurangan pengetahuan untuk memahami suatu perkara adalah kelemahan manusia untuk menilai secara keseluruhan dalam sesuatu perkara. Kita sedia maklum bahawa kita seharusnya bertanggungjawab ke atas semua keputusan yang dibuat di mana berani buat, berani tanggungjawab.

Adalah amat sedih jika pendirian dibuat semata-mata untuk menyokong individu yang berkuasa tanpa menilai keseluruhan perkara yang berlaku. Sebagai pemimpin yang berbuat demikian seharusnya merasakan malu dan tidak layak untuk dijadikan sebagai seorangan pemimpin. Saya bukannya hendak menyerang mana-mana pihak memandangkan diri saya diserang dengan lebih teruk keadaannya atas tanggungjawab yang diri saya melakukan dalam pendirian saya untuk menjaga kebajikan semua. Mungkin waktu tersebut semua ahli bercakap dalam keadaan duduk dan saya bercakap dalam keadaan berdiri seperti dalam parlimen dan telah diperkatakan bersalah sehinggi terpaksa menerima hentaman-hentaman yang bukan-bukan dan ada kalanya tidak rasional. Mungkin juga masa itu saya tidak seharusnya bersuara kerana memandangkan individu yang setaraf dengan saya tidak bersuara di mana saya dikatakan back-up atas bertindak sedemikian. Adakah saya bersalah kerana bertindak secara tiba-tiba yang menyokong mengikut sifat kemanusiaan dan memberitahu perkara yang berlaku? Nasib diri saya seolah-olah Dato’ Shahrir semasa kes tutup satu mata yang menghangatkan negara pada suatu masa dahulu dengan menyokong usul pihak pembangkang. Beliau terpaksa meletak jawatan sebagai Pengerusi BNBBC atas bertanggungjawab ke atas tindakan beliau. Saya disifatkan sebagai racist kerana pada masa tersebut saya memelihara nasib wanita yang juga sekaum dengan diri saya. Mungkin gelaran racist itu patut diberikan kepada golongan yang menghentam saya secara berkumpulan.

Apa yang diri saya kagum dengan Dato’ Shahrir adalah keberanian beliau yang pada dirinya tidak bersalah, sebenarnya tidak bersalah, memang orang ramai tidak merasakan bahawa beliau bersalah dan pada hakikatnya beliau bersalah kerana melanggari peraturan BN. Keberanian beliau dalam menerima hentaman pelbagai golongan yang kononnya menyokong kepada pucuk kepimpinan itu serta semangat mengaku bersalah dan sedia untuk menerima teguran walaupun pada sebenarnya, pada pendangan saya beliau tidak bersalah telah terjadi pada diri saya.

Walaupun saya kurang berpuas hati dengan tindakan yang menyatakan saya bersalah tetapi saya telah memperjelaskan lagi dan mendapat hentaman yang pada diri saya bersifat negative itu tetap saya mengakui bersalah kerana saya tahu dan faham bahawa saya patut bertanggungjawab ke atas segala tindakan yang diambil oleh diri saya. Bukan saya tidak menerima apa-apa teguran tetapi ini telah dijadikan alasan untuk terus menghentam saya dan saya akan mendiamkan diri kerana dalam negara yang demokrasi dan juga seperti mana dalam Perlembagaan Malaysia, semua individu bebas bersuara dan cuma saya keliru di mana kenapa menyuarakan kebenaran dilihat sebagai bersalah dan menyuarakan perkara yang menonjolkan diri itu tidak bersalah.

Bukan saya nak mengatakan pihak mana yang bersalah sekarang kerana saya tahu bahawa saya buat, saya tanggung; saya mengaku salah, saya bersalah. Keadilan sentiasa di dalam hati manusia dan kita tidak patut berasa kesal kerana kesal dan salah adalah dua perkara yang berlainan. Apa yang saya mengagumi Dato’ Shahrir di sini adalah keberanian beliau untuk mengaku salah yang bukan semua orang dapat berbuat demikian.

1 comment:

DiplomatikMppums said...

Bukan kebenaran yang tidak diketahui..
Kebenaran ini diketahui, tapi Xda orang nak mengakuinya @ bertindak...
Terpaksalah golongan minoriti ni akur...
Sabar ja la brother....