Tuesday, October 14, 2008

Tamat Tempoh

Tanggal 16 bulan October ini, Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) sesi 2007/2008 akan dibubarkan bagi memberi laluan untuk pemilihan MPP yang baru bagi sesi 2008/2009. Taufan pilihanraya kampus yang melanda kampus UMS ini telah bermula sejak bulan September lagi dan kini telah menjadi realiti di mana ia bakal berlangsung tidak lama lagi.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf ke atas segala kesilapan, kekurangan yang ada pada diri saya semasa menjawat EXCO Kebajikan dan Kemasyarakatan dengan diberi amanah untuk memelihara dan menjaga kebajikan semua mahasiswa UMS.
Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu, atau golongan yang telah membantu saya dalam menyelesaikan segala tugasan dan dugaan sepanjang penggal MPP sesi 2007/2008. Kepada 'rakyat' di kawasan 'parlimen' saya, walaupun usaha saya untuk memperjuangkan dan menuntut isi hati kamu belum ternampak hasil, adalah dimaklumkan bahawa semua dalam pemprosesan.
Jutaan terima kasih ingin disampaikan kepada dekan dan pensyarah SPE yang banyak membantu dalam memberi kerjasama, sokongan dan dorongan kepada saya dalam menjaga amanah yang telah diberikan.
Selamat berkerjasama buat rakan seperjuangan saya yang juga MPP sesi 2007/2008 dan berharap agar mereka yang ingin bertanding semula dapat menang pada pemilihan MPP 2008/2009.
Bila masa yang dinanti-nantikan oleh bakal calon telah tiba, maka kita harus berundur untuk memberi peluang kepada golongan muda kerana apabila peluang kita telah berlepas, tiada ulangan boleh dibuat lagi.

No comments: