Thursday, February 26, 2009

Ekonomi Islam mampu mengubah nasib krisis ekonomi

Saya tertarik dengan artikel dalam Dewan Ekonomi pada terbitan bulan Januari yang lepas di mana memberi gambaran mengenai system ekonomi islam. Tidak dinafikan bahawa situasi ekonomi kini berada dalam keadaan yang membimbangkan. Kebanyakkan ahli ekonomi menjangka bahawa krisi ekonomi pada kali ini lebih teruk berbanding dengan sebelum ini. Persoalannya adalah Malaysia yang merupakan peneraju dalam Negara islam yang dipandang berat oleh Negara OIC kini memainkan peranan yang penting untuk mengubah nasib krisis ekonomi yang bakal memberi kesan kepada ekonomi Malaysia.
Amerika Syarikat (AS) yang merupakan peneraju ekonomi dunia pada suatu ketika dahulu kini menjadi punca kepada masalah ekonomi global. Perhatian seluruh dunia kini tertumpu kepada Barrack Obama yang juga Presiden AS yang baru dilihat berusaha untuk menyediakan suntikan bagi merangsang ekonomi dalam Negara tersebut. Walaubagaimanapun, system monetary yang diamalkan oleh AS dilihat tidak dapat bertahan lama kerana ia terhad dalam memulihkan ekonomi AS.
Dalam ekonomi islam, sedia dimaklumkan bahawa ia menegaskan halal dan menentang riba. Kebanyakan Negara dunia ketiga mempunyai masalah rasuah yang serius sehingga memberi kesan kepada pembangunan ekonomi dan ini telah menjadikan dominasi oleh pihak tertentu dalam ekonomi. Dalam konteks ekonomi dunia, Negara dunia ketiga terikat dengan syarat-syarat pembangunan oleh Negara dunia pertama kerana ingin mendapatkan bentuan kewangan serta pemindahan teknologi.
Pengamalan ekonomi islam ini dilihat mampu mengubah nasib krisis ekonomi dunia kerana ia dapat mengurangkan jurang atau ketidakseimbang dalam ekonomi. Juga tidak ada pihak yang akan mendominasi pihak yang lain kerana semuanya adalah sama. Memang benar bahawa sebahagian besar Negara pengeluar minyak di dunia merupakan Negara islam dan ini menjadi satu kelebihan Negara islam dalam ekonomi islam yang mampu mengubah nasib ekonomi dunia.
Walaubagaimanapun, kestabilan politik semasa perlu diberi perhatian terlebih dahulu untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih mebimbangkan. Peralihan kuasa kepada timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Malaysia adalah menjadi cabaran beliau dalam membimbing Negara untuk mempraktikkan ekonomi islam.

No comments: