Sunday, July 6, 2008

Perpaduan buatan

Ada yang di antara kita yang selalu bercakap tentang perpaduan, menegaskan kepentingan perpaduan, menyerukan agar perpaduan, yang pada hakikatnya mereka adalah golongan yang tidak menikmati erti perpaduan.

Pandangan erti perpaduan oleh setiap individu adalah berlainan, ada yang merasakan bercampur dengan kaum lain adalah perpaduan, ada yang merasakan berkawan dengan kaum lain adalah perpaduan, ada juga yang tidak berbuat apa-apa, tetapi dalam hati mereka telah disemaikan dengan erti perpaduan yang mendalam.

Tun Dr Mahathir dalam Wawasan 2020 menggariskan bahawa wujudnya bangsa Malaysia, sebuah identity baru bagi rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Setiap kali apabila mengisi borang, ruang ‘Bangsa’ tetap saya mengisikan Malaysia, dan berapa orang yang juga sependapat dengan saya bahawa mereka juga mengisi dan bergelar diri mereka bengsa Malaysia?

Betul mengenai apa yang diperkatakan oleh YB Datuk IR Idris Haron dalam amanatnya kepada pelajar UMS yang mengatakan berkenaan makanan. Kaum Melayu tidak boleh memakan daging khinzir, kerana itu bukan makanan yang halal bagi mereka. Kaum India tidak boleh memakan daging lembu, kerana itu adalah Tuhan mereka. Tetapi persoalannya di sini adalah, kenapa orang Melayu tidak boleh memakan daging khinzir kita semua boleh faham, makanan tersebut tidak akan wujud di atas meja makan sekiranya terdapat kaum Melayu di situ, tetapi walaupun kaum India berduduk bersama dengan kita, dan daging lembu yang dihidangkan di atas meja. Apakah perasaan mereka apabila melihat itu? Kalau betul kita menginginkan perpaduan, kenapa kita tidak dapat bertoleransi? Mengapakah tidak kita mewujudkan menu yang bernama ‘makanan muhibbah’? beliau juga memberikan gambaran bahawa tidak dapat kita memenuhi semua kehendak manusia yang diamalkan dalam sistem demokrasi.

Dalam MSM kali ini, apa yang saya dapat lihat adalah cara mengambil tempat duduk yang dimana kumpulan India satu kumpulan, kumpulan Cina satu kumpulan… Kalau cara duduk mereka tidak mendatangkan masalah, mengapa tiba-tiba PSM bagi bahagian protocol mencampurkan mereka dengan kaum lain, dimana memisahkan mereka. Ini bukan namanya perpaduan tetapi ‘perpaduan buatan’. Mungkin produk sebegitulah yang mereka ingin menghasilkan yang dinamakan Buatan Malaysia.

Pada zaman sekolah menengah saya, pernah satu kelas diadakan yang dinamakan ‘kelas bahasa’. Pelajar yang mengikuti kelas tersebut adalah pelik, tidak pernah ada yang dari kaum Melayu, cuma guru yang mengajar adalah kaum Melayu. Kelas tersebut dilancarkan kerana melarangkan pelajar berbahasa ibunda di dalam kawasan sekolah dan sekiranya didapati bersalah maka akan diwajibkan untuk mengikuti kelas tersebut. Kalau pelajar Cina bertutur dalam Mandarin, mereka perlu ke kelas bahasa, kalau pelajar Inda bertutur Tamil, maka mereka perlu ke kelas bahasa, kerana masing-masing bertutr dalam bahasa ibunda. Tetapi kenapa palajar Melayu yang bertutur dalam bahasa Melayu tidak diwajibkan ke kelas tersebut dan mengapakah program sebegini dijalankan dengan alasan supaya dapat mencapai perpaduan.

Prof Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim, seorang sejarahwan yang mengingatkan diri kita perjalanan pemimpin pada zaman mencapai kemerdekaan harus dikenang supaya kita tidak berlaku pecah belah. Kenapa hal-hal yang sebegini orang yang sama bidang dengan beliau tidak faham ertinya?

Diri saya sebenarnya amat kagum dengan sekumpulan secretariat bahawa mereka ingin memperkasakan bangsa Malaysia yang pada hakikatnya belum lagi wujud dan mungkin mereka hanya tembak sebarangan. Masa kursus secretariat yang lepas saya pernah bertanya mereka macam mana hendak memperkasakan kerana belum wujud lagi. Mungkin cara penyampaian saya bermasalah dan diri saya telah digredkan sebagai golongan yang racist bermula pada masa itu.

Kini, saya diberi nama Yong Teck Lee, bekas Ketua Menteri Sabah yang kini ingin membawa SAPP keluar dari BN kerana tidak percaya kepada Perdana Menteri. Munkin ia terjadi disebabkan saya berkata dua presiden MPP yang semua orang mengganggap sayahilang kepercayaan kepada presiden MPP. Nampaknya mereka tidak memahami contoh yang saya berikan pada hari tersebut dan hanya mengetahui macam mana ingin menghentam saya supaya dapat menunjukkan diri mereka sangat hebat yang pada hakikatnya tidak.

Walaubagaimanapun, sebelum kita memperkasakan bangsa Malaysia, kita perlu memperkasakan perpaduan terlebih dahulu supaya Wawasan 2020, wawasan negara, wawasan kita semua tercapai di samping meningkatkan keboleh saingan produk buatan Malaysia.

No comments: