Sunday, August 31, 2008

Semangat Patriotik

Malam ini, kita bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-51.
Keadaan dalam Dewan Canselor yang serba indah masih terasa sejuk, mungkin disebabkan oleh keadaan cuaca, mungkin juga promosi pihak penganjur yang lemah serta mungkin air-cond di dalam memang begitu sejuk kerana kurang hangat yang diakibatkan oleh kekurangan penyertaan mahasiswa yang berjumlah lebih kurang 15,000 orang. Sehingga detik 12.00tengah malam, bilangan pelajar yang berada dalam Dewan Canselor masih tidak melebihi 2,000 orang. Adakah kita semua telah lupa kerana sibuk dengan assignment dan midterm? Hari yang cukup penting buat rakyat Malaysia ini seharusnya disambut meriah dan bukan hanya berkata I love Malaysia tetapi dalam hatinya tidak.
Berapa ramai yang masih mengingati dan menghayati Rukunegara? Kenapa Rukunegara? Walaupun pengetahuan saya yang cetek dalam sejarah tetapi saya faham dan menghayatinya. Sering kali ada pihak yang ingin memusnahkan perpaduan seperti mana isu yang hangat pada masa kini iaitu Tumpang di Malaysia. Perpaduan teras kejayaan adalah tema yang cukup bermakna. Kerjayaan hanya dikecapi dengan perpaduan. Tanpa perpaduan maka tiadalah kita semua.
Dari Tanah Melayu ke Malaya dan kemudiannya Malaysia. Rintangan yang tidak terhenti, cabaran yang menanti. Hingga bila wujudnya bangsa Malaysia, sebuah identiti untuk anak Malaysia, di mana penyatuan yang sebenar, toleransi oleh semua pihak, tidak lagi pertikaikan bumiputera dan bukan bumiputera, hanya wujud rakyat Malaysia, bangsa Malaysia.

No comments: