Thursday, August 7, 2008

Tetap berdiri tegap

Baru-baru ini, Friendster telah dihangatkan dengan satu topic yang bukan lagi baru, iaitu bas..oh..problem. Topic ini amat bermakna untuk saya, seperti mana yang saya telah meluahkan dalam blog saya sebelum ini. Malangnya, saya telah dijadikan mangsa fitnah dalam topic tersebut oleh seorang yang saya mengelar dia pengecut kerana tidak menunjukkan nama sebenar, bila dan masa dia menghantar mesej untuk saya berkenaan dengan ketiadaan bas. Tambahan pula, dia agak pandai juga, mungkin kerana takut dikenali; dengan menggunakan akaun yang palsu dalam Friendster, dia melakukan fitnah terhadap saya dengan menuduh sebarangan tanpa menunjukkan apa-apa pun bukti, mungkin kes ini boleh dikaitkan dengan isu Raja Petra dan Datin Seri Rosmah.

Saya masih tidak faham mengapa dan kenapa ‘pengecut ini hendak berbuat demikian, mungkin dia rasa seronok atau memeng ini adalah minatnya. Saya tidak kisah kalau orang yang ingin memalukan saya dengan apa-apa cara sekali pun kalau dengan menunjukkan bukti yang kukuh, tetapi ini tidak. Dia mengelar saya sebagai YB, dimana saya tidak merasakan diri saya ini YB, kerana bagi saya tidak rasa dihormati, dan ini bercanggah dengan istilah ‘Yang Berhormat’ serta begitu juga dengan rakan MPP yang lain. Perkara ini juga saya pernah sentuh dalam blog yang sebelum ini.

Saya tidak mengambil kisah kalau dia ingin meletakkan number telefon saya di dalam Friendster untuk membolehkan para mahasiswa UMS menghubungi saya bagi mendapatkan bantuan. Sebaliknya, dia berkata saya ini tidak membalas mesejnya ketika dia mengadu dengan saya berkenaan bas. memang betul seperti apa yang saya membalas yang mengatakan hanya orang yang mengenali saya sahaja menghantar mesej untuk membuat aduan, tetapi bukan sahaja berkenaan dengan bas, malah banyak juga perkara yang pernah diadukan kepada saya. Tidakan saya adalah membalas mesej kepada mereka yang menghantar mesej kepada saya dan mengambil tidakan yang seterusnya. Walaupun perkara ini difikirkan membazir kerana saya hanya perlu mengambil tindakan yang seterusnya, tetapi saya berasa adalah tanggungjawab saya untuk memeklumkan kepada pengadu saya bahawa aduan mereka telah diterima dan tindakan selanjutnya akan diambil.

Selepas saya menang tanpa bertanding dalam pilihanraya kampus yang lepas bagi kerusi SPE, pernah saya berbincang dengan mantan MPP yang menjadi Exco Kemasyarakatan pada sesi 2006/2007, beliau telah memberitahu saya mengenai cara-cara untuk menghadapi mesej daripada mahasiswa. Beliau memberitahu saya agar berbuat “kalau tiada kredit, kerja tetap jalan!”. Ini sememangnya menjadi salah satu prinsip saya dalam memegang tanggungjawab sebagai Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan selama ini. Akan tetapi, saya tidak pernah menghadapi kehabisan kredit salama ini. Saya tidak mempunyai sebarang alasan untuk tidak membalas mesej aduan yang diterima. Jaminan yang saya berikan dimana kerja tetap jalan bukannya janji manis tetapi adalah benar dan saya kata, saya buat. Saya tidak kisah sama ada orang lain percaya atau tidak kerana saya tetap memegang amanah yang telah diberikan.

Setelah saya membuat analisis terhadap ‘pengecut’ ini, memang orang ini berasal dari SPE, dimana satu sekolah dengan diri saya. Dia juga tinggal di IP, kerana kebanyakan ketidakpuasannya adalah mengenai rakan se-Exco dengan saya. Kalau mahasiswa yang menuntut di UMS semuanya adalah bidang professional, saya kecewa dengan sikap dia yang langsung tidak professional dengan tindakan yang dibuat olehnya. Orang yang sepatutnya berintelligent tetapi nampaknya tidak berintelligent juga dan sekumpulan dengannya dimana langsung tidak mengetahui macam mana ingin membuat keputusan.

Isu bas ini telah wujud sejak UMS ditubuhkan dan belum dapat diselesaikan dengan baik walaupun bertahun-tahun, dan bertukar-tukar NC. Kalau dulu ada yang mengatakan masalah bas wujud disebabkan kekurangan bas, tetapi selepas ditambahkan dengan 10 buah bas pada sesi 2004/2005, masalah bas tetap muncul sehingga kini. Kalau dikatakan bilangan bas akan ditambah pada bulan Ogos ini dengan bilangan tambahan sebanyak 10 buah lagi, saya tidak merasakan masalah bas akan diselesaikan jika manusia tidak berubah dan menambahkan lagi bilangan kecekapan. Kalau dalam ekonomi, kecekapan hanya pada satu tahap yang tertentu sahaja, dimana lebihan dan kurangan daripada tahap tersebut tetap disifatkan sebagai kurang cekap. Mungkin semuanya akan terjawab selepas bermulanya bas baru beroperasi di UMS ini.

Kritikan, kutukan dan fitnah mengenai saya yang timbun di mana-mana untuk menjatuhkan saya boleh disifatkan sebagai cabaran dalam memegang tanggunjawab sebagai ahli MPP kerana perkara ini memang biasa berlaku di arena politik dalam Negara kita seperti yang berlaku ke atas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Wee Ka Siong. Apapun, kalau kritikan itu tepat, memang saya akan menerima.

2 comments:

pie said...

salam perpaduan...

saya terpanggil untuk meninggalkan sedikit komentar selaku pelajar biasa.

saya merasakan ada benarnya apa yang saudara katakan. berdasarkan apa yang saya lihat, kebencian sahaja datang dari pengecut itu.(mungkin ada yang menyatakan saya ini juga pengecut kerana fake tapi saya ada sebab tersendiri).

saya bukan untuk menjatuhkan barisan mpp. tapi saya gemar memerhati dan menjadi check and balance mpp. mungkin ramai lg. tapi saya nergerak solo.

berkenaan dengan isu bas, memang saya akui isu ini agak sukar diselesaikan. tapi boleh diperbaiki. tapi perlukan kerjasama dari pihak atasan ums. seperti yang pernah didengar sebelum ini(semester lepas), pemandu bas hanya dibayar satu pertiga daripada kerja lebih masa mereka sehinggakan tidak berasa berat hati hendak bekerja dengan tekun. ada juga yang meneruskan kerja kerana mahukan siswa/i tidak ketinggalan dalam belajar. masalah timbul apabila ada juga pemandu tidak mengikut jadual yang disediakan. saya ada terdengar rungutan di perhentian bas DKP. siswa IP yang menyatakan bahawa bas IP datang selepas 3 buah bas E datang. tersenyum mendengar.

bagi saya perkara ini boleh diperbaiki jika pemandu bas mengikut jadual bas, siswa/i menunggu bas pada masa yang sesuai, pihak atasan memberi sesuatu yang setimpal dengan pemandu dan pemantauan yang kerap ke atas perjalanan bas.

berdasarkan pengalaman saya di ums ini, masalah bas tidak akan selesai. kalau dulu pemandu kerap berehat beramai-ramai d byu. sekarang masalah pergerakan bas yang tidak menentu.

untuk kolej ABCD pula ada masalah. apa bila bas telah dibolot di kolej CD sehinggakan kolej AB hanya mampu menunggu bas seterusnya.

sentiasa memerhati dan diperhati.

Guang Ming said...

Salam Perpaduan...
Saudara 'pemerhati UMS' yg saya kasihi, saya kagum dengan komen yg sdra berikan kpd saya yg saya rasa boleh dimuat utk dijadikan satu blog. Diri saya amat mengalu-alukan segala komen dari semua pihak. Kami sebagai MPP juga memerlukan 'pemerhati' seperti sdra krn dlm arena politik negara juga mempunyai pembangkang. Bukan saya maksudkan sdra adalah pembangkang tetapi memang bagus kami sentiasa ditegur yg rasional supaya dapat balance.
Isu bas ini bukan lagi isu yg baru tetapi saya mengakui bahawa ini adalah kelemahan pihak kami dalam memperjuangkan segala yg terbaik utk siswa/i UMS.
Jadual itu pada awalnya memang diikut tetapi kerosakan bas yang dihadapi telah menyebabkan kekurangan bas berlaku. Mungkin ini tidak boleh dijadikan sebagai satu alasan kerana saya sentiasa memerhati pergerakan bas dan saya berasa agak malu jika membawa kenderaan diri semasa melintas di hadapan bustop yg penuh dgn pelajar. Bukan kami tidak menyahut cabaran seperti mana yg dicabarkan bahawa semua MPP turun utk menaiki bas bersama-sama dgn pelajar. Kalau di Kampus KK, kami ada seramai 28 org ahli MPP. Bilangan ini telah mengambil lebih daripada separuh daripada jumlah kedudukan dalam bas.
setiap pagi saya adalah pengadu setia jika melihat pelajar yg masih ramai mennuggu bas pada 7.30pagi. Ini krn saya memikirkan mungkin pensyarah akan memberi kuiz atau test kpd pelajar dan kami tdk menginginkan ada pelajar yg kehilangan sebarang markah akibat menjadi 'mangsa' kpd masalah bas.
Memang bagus semangat sdra yg sentiasa memberi idea yg bernas kpd kami dari semasa ke semasa krn saya pernah melihat komen sdra di blog ahli MPP yg lain.
Saya tdk dpt menjanjikan yg terbaik tapi saya akan buat yg terbaik.