Friday, August 15, 2008

Surau di SPE

Pagi Isnin yang lepas, saya dibangunkan oleh panggilan pembantu khas Dekan SPE. Disebabkan hari tersebut saya tidak mempunyai kuliah, dan janji temu bersama Dekan adalah pada 2.30 petang, tetapi saya difahamkan bahawa Dekan mempunyai kuliah pada waktu tersebut, dan ‘kak’ Salmiah telah meminta saya untuk berjumpa dengan Dekan sebelum tengahari.

Terfikir kembali, saya telah maklum MPP SPE sewaktu temu janji dibuat dan kini terpaksa memberitahu mereka berkenaan dengan bertukaran waktu. Hati saya berharap supaya rakan-rakan seperjuangan saya tidak mempunyai sebarang kesulitan pada masa yang diberikan. Tujuan perjumpaan dibuat adalah berhubung dengan surau di SPE yang belum mendapat sebarang kata putus dan telah diadu sehingga ke Friendster. Memang usaha saya menjaga hak pelajar dan diri saya juga amat memandang serius dengan perkara ini.

Perbincangan dimulakan dengan isu surau yang disampaikan oleh diri saya telah diber pujian oleh Dekan sendiri. Beliau berkata “You are a good leader” disebabkan saya turut mengambil berat tentang isu surau. Saya menerima dengan senyuman dan terfikir dalam hati bahawa saya bukan wakil MCA ataupun Gerakan mahupun DAP.saya adalah wakil pelajar kepada pelajar SPE di MPP, di mana walaupun tidak melalui proses pengudian, tetapi saya faham tentang bidang tugas yang perlu dilaksanakan tanpa mengira menang tanpa bertanding.

Saya amat menghargai kerjasama yang diberikan oleh Dekan kerana telah membolahkan kami sebagai wakil pelajar memperjuangkan sesuatu yang baik untuk ‘rakyat’. Persetujuan telah dicapai dengan surau lelaki dipindahkan ke pejabat dekan yang lama untuk sementara manakala kedua-dua surau di aras empat dijadikan surau perempuan.

Beberapa isu turut di bawa berbincang dengan Dekan, antaranya adalah soket di bilik tutorial yang tidak berfungsi, meja dan kerusi di bangunan SPE yang tidak mencukupi, televisyen di aras bawah yang tidak digunakan dipindahkan ke Sepanggar SIswa. Kerja-kerja ini adalah satu usaha yang dilihat dapat meningkatkan kesahsiahan dan kesarjanaan pelajar SPE dalam menjaga amanah yang diberikan.

No comments: