Wednesday, July 30, 2008

Satu jam setengah tunggu bas?

Hari ini keadaan bas di UMS memang berada dalam keadaan yang kritikal. Banyak pelajar yang lewat ke kuliah, sehingga ada yang tertinggal kuliah. Semua ini salah siapa? Dulu memang bas tunggu di bustop tepat jam 7pagi, tapi sekarang nampaknya tidak. Pelajar tahun satu memang rajin menggu bas, ada yang mula menunggu bermula jam 6.30pagi. Semuanya berasa bimbang dan tidak sanggup untuk lewat.
Seperti biasa, saya keluar dari kolej pada 7.45pagi, keadaan di Kolej kediaman E seperti biasa, tiada perubahan, masih panjang barisannya. Apabila saya sampai di simpang Kolej kediaman CD, bilangan pelajar memang menakjubkan, seolah-olah tengah membuat tunjuk perasaan. Begitu juga dengan kolej kediaman AB, tetapi ada pelajar yang berjalan kaki menuju ke DKP kerana kecewa dengan perkhidmatan bas yang dibekalkan oleh pihak university.
Kita sepatutnya menyelesaikan semua masalah yang sedia ada, bukan menunggu bas yang baru untuk menyelesaikan masalah tersebut untuk kita. Minggu lepas kami tidak diberitahu bilangan bas yang diperuntukkan seperti minggu yang sebelumnya. Peruntukan bas mengingatkan saya berkenaan Budget yang dibuat oleh Kementerian Kewangan dan dibentang oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan setiap tahun di parlimen. Peruntukan belanjawan sebenarnya bergantung kepada aktiviti ekonomi dalam sesebuah Negara bagi tempoh setahun. Keadaan ekonomi akan menyebabkan peruntukan belanjawan diubah supaya ekonomi Negara berada dalam keadaan yang stabil. Kalau berbincang mengenai bas, ia sepatutnya mengikut keadaan ekonomi semasa seperti kenaikan harga minyak menyebabkan subsidi terhadap harga minyak dikurangkan.
Saya masih tidak faham kenapa tidak kita menggunakan cara yang fleksibel, kalau pelajar yang menunggu bas di sesebuah bustop telah tiada, maka bas yang diperuntukan tersebut membantu untuk menghantar pelajar di kolej kediaman yang lain.
Banyak mesej telah saya hantar pada pagi ini, tetapi jawapan yang saya dapat memang tidak memuaskan hati. ‘Kalau saya boleh memandu, saya telah memandunya’. Jawapan dari pihak tertentu seolah-olah menolak tanggungjawab dan keadaan di IP juga seteruk dengan kolej yang lain. Coursemate saya yang dipanggil Mawi, kerana gaya rambut serupa dengan Mawi, yang dia mungkin ada bakal yang seperti Mawi, telah memberitahu saya bahawa satu jam setengah telah digunakan untuk menunggu bas. apabila dia sampai di SPE, kuliah telah tamat dan dia ditinggalkan. Semasa dia datang berjumpa dengan saya, saya tidak tahu macam mana untuk menjawab dengan dia, kerana dia nampaknya tidak menyalahkan kami, yang saya merasakan memang ada di antara kami perlu bertanggungjawab.
Walaubagaimanapun, masalah ini telah lama wujud dan langkah penyelesaian masih tidak kelihatan keberkesanan dan diharapkan pentadbiran UMS akan memandang serius mengenai hal yang kian memudarat ini untuk menjadikan UMS sebuah university yang bertaraf 5-bintang.

No comments: