Baru-baru ini, Friendster telah dihangatkan dengan satu topic yang bukan lagi baru, iaitu bas..oh..problem. Topic ini amat bermakna untuk saya, seperti mana yang saya telah meluahkan dalam blog saya sebelum ini. Malangnya, saya telah dijadikan mangsa fitnah dalam topic tersebut oleh seorang yang saya mengelar dia pengecut kerana tidak menunjukkan nama sebenar, bila dan masa dia menghantar mesej untuk saya berkenaan dengan ketiadaan bas. Tambahan pula, dia agak pandai juga, mungkin kerana takut dikenali; dengan menggunakan akaun yang palsu dalam Friendster, dia melakukan fitnah terhadap saya dengan menuduh sebarangan tanpa menunjukkan apa-apa pun bukti, mungkin kes ini boleh dikaitkan dengan isu Raja Petra dan Datin Seri Rosmah.
Saya masih tidak faham mengapa dan kenapa ‘pengecut ini hendak berbuat demikian, mungkin dia rasa seronok atau memeng ini adalah minatnya. Saya tidak kisah kalau orang yang ingin memalukan saya dengan apa-apa cara sekali pun kalau dengan menunjukkan bukti yang kukuh, tetapi ini tidak. Dia mengelar saya sebagai YB, dimana saya tidak merasakan diri saya ini YB, kerana bagi saya tidak rasa dihormati, dan ini bercanggah dengan istilah ‘Yang Berhormat’ serta begitu juga dengan rakan MPP yang lain. Perkara ini juga saya pernah sentuh dalam blog yang sebelum ini.
Saya tidak mengambil kisah kalau dia ingin meletakkan number telefon saya di dalam Friendster untuk membolehkan para mahasiswa UMS menghubungi saya bagi mendapatkan bantuan. Sebaliknya, dia berkata saya ini tidak membalas mesejnya ketika dia mengadu dengan saya berkenaan bas. memang betul seperti apa yang saya membalas yang mengatakan hanya orang yang mengenali saya sahaja menghantar mesej untuk membuat aduan, tetapi bukan sahaja berkenaan dengan bas, malah banyak juga perkara yang pernah diadukan kepada saya. Tidakan saya adalah membalas mesej kepada mereka yang menghantar mesej kepada saya dan mengambil tidakan yang seterusnya. Walaupun perkara ini difikirkan membazir kerana saya hanya perlu mengambil tindakan yang seterusnya, tetapi saya berasa adalah tanggungjawab saya untuk memeklumkan kepada pengadu saya bahawa aduan mereka telah diterima dan tindakan selanjutnya akan diambil.
Selepas saya menang tanpa bertanding dalam pilihanraya kampus yang lepas bagi kerusi SPE, pernah saya berbincang dengan mantan MPP yang menjadi Exco Kemasyarakatan pada sesi 2006/2007, beliau telah memberitahu saya mengenai cara-cara untuk menghadapi mesej daripada mahasiswa. Beliau memberitahu saya agar berbuat “kalau tiada kredit, kerja tetap jalan!”. Ini sememangnya menjadi salah satu prinsip saya dalam memegang tanggungjawab sebagai Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan selama ini. Akan tetapi, saya tidak pernah menghadapi kehabisan kredit salama ini. Saya tidak mempunyai sebarang alasan untuk tidak membalas mesej aduan yang diterima. Jaminan yang saya berikan dimana kerja tetap jalan bukannya janji manis tetapi adalah benar dan saya kata, saya buat. Saya tidak kisah sama ada orang lain percaya atau tidak kerana saya tetap memegang amanah yang telah diberikan.
Setelah saya membuat analisis terhadap ‘pengecut’ ini, memang orang ini berasal dari SPE, dimana satu sekolah dengan diri saya. Dia juga tinggal di IP, kerana kebanyakan ketidakpuasannya adalah mengenai rakan se-Exco dengan saya. Kalau mahasiswa yang menuntut di UMS semuanya adalah bidang professional, saya kecewa dengan sikap dia yang langsung tidak professional dengan tindakan yang dibuat olehnya. Orang yang sepatutnya berintelligent tetapi nampaknya tidak berintelligent juga dan sekumpulan dengannya dimana langsung tidak mengetahui macam mana ingin membuat keputusan.
Isu bas ini telah wujud sejak UMS ditubuhkan dan belum dapat diselesaikan dengan baik walaupun bertahun-tahun, dan bertukar-tukar NC. Kalau dulu ada yang mengatakan masalah bas wujud disebabkan kekurangan bas, tetapi selepas ditambahkan dengan 10 buah bas pada sesi 2004/2005, masalah bas tetap muncul sehingga kini. Kalau dikatakan bilangan bas akan ditambah pada bulan Ogos ini dengan bilangan tambahan sebanyak 10 buah lagi, saya tidak merasakan masalah bas akan diselesaikan jika manusia tidak berubah dan menambahkan lagi bilangan kecekapan. Kalau dalam ekonomi, kecekapan hanya pada satu tahap yang tertentu sahaja, dimana lebihan dan kurangan daripada tahap tersebut tetap disifatkan sebagai kurang cekap. Mungkin semuanya akan terjawab selepas bermulanya bas baru beroperasi di UMS ini.
Kritikan, kutukan dan fitnah mengenai saya yang timbun di mana-mana untuk menjatuhkan saya boleh disifatkan sebagai cabaran dalam memegang tanggunjawab sebagai ahli MPP kerana perkara ini memang biasa berlaku di arena politik dalam Negara kita seperti yang berlaku ke atas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Wee Ka Siong. Apapun, kalau kritikan itu tepat, memang saya akan menerima.