Wednesday, July 30, 2008

Nyawa anjing

Diri saya agak tersesat sedikit kerana belum pasti isi yang bakal saya menulis dalam blog kali ini. Cuma saya terasa simpati kepada anjing-anjing yang telah lama menuntut ilmu dalam UMS. Sebenarnya, anjing terbahagi epada banyak jenis, ada yang liar dan sebaliknya. Diri saya tidak berapa suka dengan anjing kerana selalu melihat puak anjing yang berkeliaran di merata-rata tempat.
Nyawa manusia, amat berharga, tapi macam mana dengan nyawa anjing? Saya yang ditugaskan untuk memastikan anjing dalam kampus berkurangan dan diharapkan akan pupus. Bukan UMS sahaja yang merupakan university terpaksa berperang dengan anjing, malahan university jiran kita, UNIMAS juga mempunyai masalah yang sama.
Anjing merupakan ciptaan tuhan, bernyawa, tetapi mungkin tidak berhak menentukan nasibnya. Dalam usaha tembakan anjing yang dilakukan oleh Bahagian Keselamatan UMS dengan bantuan DBKK, tembakan anjing telah dilakukan dengan angka yang tidak terhingga. Saya hairan juga berkenaan bilangan anjing yang masih hidup, kenapa boleh terlepas dari itu.
Jika dilihat dari sudut yang lain, mungkin anjing itu bernasib baik, dan saya juga tidak ingin melihat anjing-anjing ditembak mati. Apa kesalahan yang dilakukan oleh puak anjing ini? Adakah kerana ia selalu membuat perarakan di jalan raya dan mengancam keselamatan pelajar? Kami pernah menerima aduan tentang anjing yang mengancam pelajar, mengganggu pelajar, dan memasuki rumah.
Pernah sekali seorang pelajar menghantar mesej ke nombor semua ahli MT MPP, tanpa mengira kampus induk atau kampus Labuan. Kegeraman boleh dirasai dari mesej tersebut dengan penggunaan bahasa yang begitu marah. Bukan kami tidak menginginkan tembakan dibuat, anjing pun berotak juga, kalau manusia pandai menyembunyikan diri semasa diancam, begitu juga dengan anjing.
Anjing seolah-olah telah menerima maklumat bahawa tembakan akan dibuat dan terus menghilang. Usaha tembakan anjing ada kalanya boleh dikatakan adalah sia-sia kerana masalah kehilangan anjing secara tiba-tiba setiap kali tembakan anjing dibuat. Kalau diri kita merupakan anjing, kita juga tidak menginginkan tembakan dibuat. Binatang juga bernyawa, kalau kita tidak kacaunya, saya tidak merasa anjing akan menyerang kita. Walaubagaimanapun, usaha tembakan anjing akan diteruskan sehingga UMS berada dalam keadaan yang sejahtera.

No comments: