Monday, July 21, 2008

Ekonomi Politik

Kuliah pada pagi Jumaat yang lepas, ketua program saya telah memberitahu bahawa beliau tidak suka dengan politik seperti mana dalam kuliahnya yang mengajar tentang Ekonomi Fiskal. Apa yang bermain dalam fikiran saya pada ketika itu adalah bagaimana beliau boleh memasuki bidang ekonomi memandangkan beliau tidak suka dengan politik. Kemungkinan besar beliau menipu atau mempunyai kesulitan dalam mengulas tentang perkembangan politik Malaysia pada masa kini.
Perkataan politik yang berasal dari perkataan Greeks yang bermaksud banyak helah. Jika melihat kembali kepada kursus Sejarah Pemikiran Ekonomi di mana benar-benar menarik minat diri saya yang diajar oleh Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Prof. Madya Dr. Hj. Kasim Hj. Md Mansur. Beliau yang begitu arif dalam bidang ini sehingga boleh mengetahui apa yang telah ditinggalkan oleh pelajarnya dalam pembentangan mengikut tajuk yang telah diberikan.
Jika kita melihat kembali kepada Sejarah Pemikiran Ekonomi dimana ada yang mengatakan bermula pada zaman Adam Smith yang digelar Bapa Ekonomi menerusi karya agung beliau yang bertajuk ‘The Wealth of Nation’ pada tahun 1776. Perkataan ekonomi sebenarnya adalah berasal daripada perkataan ‘Ekonomi Politik’ di mana selepas itu ditukarkan kepada Ekonomi atas berubahan unsur-unsur matematik dan selebihnya pada abab ke-19.
Sebelum zaman Adam Smith, dua tokoh ekonomi yang terkenal ialah Machiavelli dan Thomas Hobbes pernah menyentuh tentang ekonomi politik masing-masing dalam ‘The Prince(1513)’ dan ‘Leviathan(1651)’. Ekonomi Politik biasanya dikaitkan dengan unsur ekonomi, perundangan, dan sains politik untuk mengkaji bagaimana institusi politik atau kitaran politik mempengaruhi antara satu dengan lain. Ia juga mengkaji tentang kelakuan politik dalam ekonomi seperti mana yang didebatkan dalam Debat Antara Dato’ Seri baru-baru ini berkenaan dengan isu kanaikan harga minyak. Jelas kita boleh melihat dari situ dimana semuanya adalah berkenaan dengan makroekonomi.
Satu teori yang pernah saya pelajari dalam ekonomi plolitik adalah untuk mendapatkan sesuatu, kita seharusnya membuat apa sahaja untuk mencapai matlamat sama ada apa yang dilakukan merupakan sesuatu yang baik atau buruk. Di situ jelas kelihatan dalam politik negara kita pada hari ini, iaitu tidak memberikan peluang kepada musuh politik untuk berdiri dalam bidang tersebut.
Sememangnya dari awal lagi ekonomi telah mengajar kita tentang bagaimana untuk membuat pilihan dengan sumber yang ada dan pada waktu yang sama kita perlu mengorbankan barangan yang kedua terbaik. Adakah ini bermaksud kita perlu menghapuskan semua musuh kita untuk mencapai matlamat? Mungkin kesemuanya hanya boleh dijelaskan dengan ekonomi politik .

No comments: