Sunday, August 31, 2008

Semangat Patriotik

Malam ini, kita bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-51.
Keadaan dalam Dewan Canselor yang serba indah masih terasa sejuk, mungkin disebabkan oleh keadaan cuaca, mungkin juga promosi pihak penganjur yang lemah serta mungkin air-cond di dalam memang begitu sejuk kerana kurang hangat yang diakibatkan oleh kekurangan penyertaan mahasiswa yang berjumlah lebih kurang 15,000 orang. Sehingga detik 12.00tengah malam, bilangan pelajar yang berada dalam Dewan Canselor masih tidak melebihi 2,000 orang. Adakah kita semua telah lupa kerana sibuk dengan assignment dan midterm? Hari yang cukup penting buat rakyat Malaysia ini seharusnya disambut meriah dan bukan hanya berkata I love Malaysia tetapi dalam hatinya tidak.
Berapa ramai yang masih mengingati dan menghayati Rukunegara? Kenapa Rukunegara? Walaupun pengetahuan saya yang cetek dalam sejarah tetapi saya faham dan menghayatinya. Sering kali ada pihak yang ingin memusnahkan perpaduan seperti mana isu yang hangat pada masa kini iaitu Tumpang di Malaysia. Perpaduan teras kejayaan adalah tema yang cukup bermakna. Kerjayaan hanya dikecapi dengan perpaduan. Tanpa perpaduan maka tiadalah kita semua.
Dari Tanah Melayu ke Malaya dan kemudiannya Malaysia. Rintangan yang tidak terhenti, cabaran yang menanti. Hingga bila wujudnya bangsa Malaysia, sebuah identiti untuk anak Malaysia, di mana penyatuan yang sebenar, toleransi oleh semua pihak, tidak lagi pertikaikan bumiputera dan bukan bumiputera, hanya wujud rakyat Malaysia, bangsa Malaysia.

Thursday, August 21, 2008

Kos Lepas

Definisi Kos Lepas adalah barangan ataupun pilihan yang kedua terbaik dan perlu serta wajib dilepaskan dalam membuat pilihan.
Semasa membuat pilihan, kita perlu bertindak secara rasional dan adalah perlu untuk mengingati bahawa apa yang perlu dilaksanakan dengan kebolehan yang sedia ada. Kita tidak boleh membuat sebarang janjian tanpa mengukur sejauh manakah kemampuan diri dan menyerah atau menyuruh orang lain untuk menyiapkannya. Dalam bidang ekonomi, dengan andaian ceteris paribus, hanya dua pilihan diberikan kepada kita untuk menguji sama ada kita bijak dalam membuat pilihan mengikut keutamaan. Keutamaan perlu diberikan kepada tanggungjawab yang ada pada diri kita tanpa mengira bangsa dan agama kerana kita semua adalah anak Malaysia yang bakal menyambut Kemerdekaan ke-51.
Kebiasaannya, dalam Keluk Kemungkinan Pengeluar(Production Possiblity Frontier), jika seseorang itu adalah rasional maka tidak akan memilih untuk menghasilkan satu barangan sahaja di mana bermaksud hanya menguntungkan satu pihak sahaja. Satu titik persamaan akan dijadikan sebagai pilihan kerana ia menguntungkan kedua-dua pihak dan masing-masing perlu berpuas hati dengan pengorbanan yang dilakukan.

Renungan Bersama (Mesyuarat MPP ke-31)

Friday, August 15, 2008

Surau di SPE

Pagi Isnin yang lepas, saya dibangunkan oleh panggilan pembantu khas Dekan SPE. Disebabkan hari tersebut saya tidak mempunyai kuliah, dan janji temu bersama Dekan adalah pada 2.30 petang, tetapi saya difahamkan bahawa Dekan mempunyai kuliah pada waktu tersebut, dan ‘kak’ Salmiah telah meminta saya untuk berjumpa dengan Dekan sebelum tengahari.

Terfikir kembali, saya telah maklum MPP SPE sewaktu temu janji dibuat dan kini terpaksa memberitahu mereka berkenaan dengan bertukaran waktu. Hati saya berharap supaya rakan-rakan seperjuangan saya tidak mempunyai sebarang kesulitan pada masa yang diberikan. Tujuan perjumpaan dibuat adalah berhubung dengan surau di SPE yang belum mendapat sebarang kata putus dan telah diadu sehingga ke Friendster. Memang usaha saya menjaga hak pelajar dan diri saya juga amat memandang serius dengan perkara ini.

Perbincangan dimulakan dengan isu surau yang disampaikan oleh diri saya telah diber pujian oleh Dekan sendiri. Beliau berkata “You are a good leader” disebabkan saya turut mengambil berat tentang isu surau. Saya menerima dengan senyuman dan terfikir dalam hati bahawa saya bukan wakil MCA ataupun Gerakan mahupun DAP.saya adalah wakil pelajar kepada pelajar SPE di MPP, di mana walaupun tidak melalui proses pengudian, tetapi saya faham tentang bidang tugas yang perlu dilaksanakan tanpa mengira menang tanpa bertanding.

Saya amat menghargai kerjasama yang diberikan oleh Dekan kerana telah membolahkan kami sebagai wakil pelajar memperjuangkan sesuatu yang baik untuk ‘rakyat’. Persetujuan telah dicapai dengan surau lelaki dipindahkan ke pejabat dekan yang lama untuk sementara manakala kedua-dua surau di aras empat dijadikan surau perempuan.

Beberapa isu turut di bawa berbincang dengan Dekan, antaranya adalah soket di bilik tutorial yang tidak berfungsi, meja dan kerusi di bangunan SPE yang tidak mencukupi, televisyen di aras bawah yang tidak digunakan dipindahkan ke Sepanggar SIswa. Kerja-kerja ini adalah satu usaha yang dilihat dapat meningkatkan kesahsiahan dan kesarjanaan pelajar SPE dalam menjaga amanah yang diberikan.

Thursday, August 7, 2008

Tetap berdiri tegap

Baru-baru ini, Friendster telah dihangatkan dengan satu topic yang bukan lagi baru, iaitu bas..oh..problem. Topic ini amat bermakna untuk saya, seperti mana yang saya telah meluahkan dalam blog saya sebelum ini. Malangnya, saya telah dijadikan mangsa fitnah dalam topic tersebut oleh seorang yang saya mengelar dia pengecut kerana tidak menunjukkan nama sebenar, bila dan masa dia menghantar mesej untuk saya berkenaan dengan ketiadaan bas. Tambahan pula, dia agak pandai juga, mungkin kerana takut dikenali; dengan menggunakan akaun yang palsu dalam Friendster, dia melakukan fitnah terhadap saya dengan menuduh sebarangan tanpa menunjukkan apa-apa pun bukti, mungkin kes ini boleh dikaitkan dengan isu Raja Petra dan Datin Seri Rosmah.

Saya masih tidak faham mengapa dan kenapa ‘pengecut ini hendak berbuat demikian, mungkin dia rasa seronok atau memeng ini adalah minatnya. Saya tidak kisah kalau orang yang ingin memalukan saya dengan apa-apa cara sekali pun kalau dengan menunjukkan bukti yang kukuh, tetapi ini tidak. Dia mengelar saya sebagai YB, dimana saya tidak merasakan diri saya ini YB, kerana bagi saya tidak rasa dihormati, dan ini bercanggah dengan istilah ‘Yang Berhormat’ serta begitu juga dengan rakan MPP yang lain. Perkara ini juga saya pernah sentuh dalam blog yang sebelum ini.

Saya tidak mengambil kisah kalau dia ingin meletakkan number telefon saya di dalam Friendster untuk membolehkan para mahasiswa UMS menghubungi saya bagi mendapatkan bantuan. Sebaliknya, dia berkata saya ini tidak membalas mesejnya ketika dia mengadu dengan saya berkenaan bas. memang betul seperti apa yang saya membalas yang mengatakan hanya orang yang mengenali saya sahaja menghantar mesej untuk membuat aduan, tetapi bukan sahaja berkenaan dengan bas, malah banyak juga perkara yang pernah diadukan kepada saya. Tidakan saya adalah membalas mesej kepada mereka yang menghantar mesej kepada saya dan mengambil tidakan yang seterusnya. Walaupun perkara ini difikirkan membazir kerana saya hanya perlu mengambil tindakan yang seterusnya, tetapi saya berasa adalah tanggungjawab saya untuk memeklumkan kepada pengadu saya bahawa aduan mereka telah diterima dan tindakan selanjutnya akan diambil.

Selepas saya menang tanpa bertanding dalam pilihanraya kampus yang lepas bagi kerusi SPE, pernah saya berbincang dengan mantan MPP yang menjadi Exco Kemasyarakatan pada sesi 2006/2007, beliau telah memberitahu saya mengenai cara-cara untuk menghadapi mesej daripada mahasiswa. Beliau memberitahu saya agar berbuat “kalau tiada kredit, kerja tetap jalan!”. Ini sememangnya menjadi salah satu prinsip saya dalam memegang tanggungjawab sebagai Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan selama ini. Akan tetapi, saya tidak pernah menghadapi kehabisan kredit salama ini. Saya tidak mempunyai sebarang alasan untuk tidak membalas mesej aduan yang diterima. Jaminan yang saya berikan dimana kerja tetap jalan bukannya janji manis tetapi adalah benar dan saya kata, saya buat. Saya tidak kisah sama ada orang lain percaya atau tidak kerana saya tetap memegang amanah yang telah diberikan.

Setelah saya membuat analisis terhadap ‘pengecut’ ini, memang orang ini berasal dari SPE, dimana satu sekolah dengan diri saya. Dia juga tinggal di IP, kerana kebanyakan ketidakpuasannya adalah mengenai rakan se-Exco dengan saya. Kalau mahasiswa yang menuntut di UMS semuanya adalah bidang professional, saya kecewa dengan sikap dia yang langsung tidak professional dengan tindakan yang dibuat olehnya. Orang yang sepatutnya berintelligent tetapi nampaknya tidak berintelligent juga dan sekumpulan dengannya dimana langsung tidak mengetahui macam mana ingin membuat keputusan.

Isu bas ini telah wujud sejak UMS ditubuhkan dan belum dapat diselesaikan dengan baik walaupun bertahun-tahun, dan bertukar-tukar NC. Kalau dulu ada yang mengatakan masalah bas wujud disebabkan kekurangan bas, tetapi selepas ditambahkan dengan 10 buah bas pada sesi 2004/2005, masalah bas tetap muncul sehingga kini. Kalau dikatakan bilangan bas akan ditambah pada bulan Ogos ini dengan bilangan tambahan sebanyak 10 buah lagi, saya tidak merasakan masalah bas akan diselesaikan jika manusia tidak berubah dan menambahkan lagi bilangan kecekapan. Kalau dalam ekonomi, kecekapan hanya pada satu tahap yang tertentu sahaja, dimana lebihan dan kurangan daripada tahap tersebut tetap disifatkan sebagai kurang cekap. Mungkin semuanya akan terjawab selepas bermulanya bas baru beroperasi di UMS ini.

Kritikan, kutukan dan fitnah mengenai saya yang timbun di mana-mana untuk menjatuhkan saya boleh disifatkan sebagai cabaran dalam memegang tanggunjawab sebagai ahli MPP kerana perkara ini memang biasa berlaku di arena politik dalam Negara kita seperti yang berlaku ke atas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Wee Ka Siong. Apapun, kalau kritikan itu tepat, memang saya akan menerima.

Wednesday, July 30, 2008

Satu jam setengah tunggu bas?

Hari ini keadaan bas di UMS memang berada dalam keadaan yang kritikal. Banyak pelajar yang lewat ke kuliah, sehingga ada yang tertinggal kuliah. Semua ini salah siapa? Dulu memang bas tunggu di bustop tepat jam 7pagi, tapi sekarang nampaknya tidak. Pelajar tahun satu memang rajin menggu bas, ada yang mula menunggu bermula jam 6.30pagi. Semuanya berasa bimbang dan tidak sanggup untuk lewat.
Seperti biasa, saya keluar dari kolej pada 7.45pagi, keadaan di Kolej kediaman E seperti biasa, tiada perubahan, masih panjang barisannya. Apabila saya sampai di simpang Kolej kediaman CD, bilangan pelajar memang menakjubkan, seolah-olah tengah membuat tunjuk perasaan. Begitu juga dengan kolej kediaman AB, tetapi ada pelajar yang berjalan kaki menuju ke DKP kerana kecewa dengan perkhidmatan bas yang dibekalkan oleh pihak university.
Kita sepatutnya menyelesaikan semua masalah yang sedia ada, bukan menunggu bas yang baru untuk menyelesaikan masalah tersebut untuk kita. Minggu lepas kami tidak diberitahu bilangan bas yang diperuntukkan seperti minggu yang sebelumnya. Peruntukan bas mengingatkan saya berkenaan Budget yang dibuat oleh Kementerian Kewangan dan dibentang oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan setiap tahun di parlimen. Peruntukan belanjawan sebenarnya bergantung kepada aktiviti ekonomi dalam sesebuah Negara bagi tempoh setahun. Keadaan ekonomi akan menyebabkan peruntukan belanjawan diubah supaya ekonomi Negara berada dalam keadaan yang stabil. Kalau berbincang mengenai bas, ia sepatutnya mengikut keadaan ekonomi semasa seperti kenaikan harga minyak menyebabkan subsidi terhadap harga minyak dikurangkan.
Saya masih tidak faham kenapa tidak kita menggunakan cara yang fleksibel, kalau pelajar yang menunggu bas di sesebuah bustop telah tiada, maka bas yang diperuntukan tersebut membantu untuk menghantar pelajar di kolej kediaman yang lain.
Banyak mesej telah saya hantar pada pagi ini, tetapi jawapan yang saya dapat memang tidak memuaskan hati. ‘Kalau saya boleh memandu, saya telah memandunya’. Jawapan dari pihak tertentu seolah-olah menolak tanggungjawab dan keadaan di IP juga seteruk dengan kolej yang lain. Coursemate saya yang dipanggil Mawi, kerana gaya rambut serupa dengan Mawi, yang dia mungkin ada bakal yang seperti Mawi, telah memberitahu saya bahawa satu jam setengah telah digunakan untuk menunggu bas. apabila dia sampai di SPE, kuliah telah tamat dan dia ditinggalkan. Semasa dia datang berjumpa dengan saya, saya tidak tahu macam mana untuk menjawab dengan dia, kerana dia nampaknya tidak menyalahkan kami, yang saya merasakan memang ada di antara kami perlu bertanggungjawab.
Walaubagaimanapun, masalah ini telah lama wujud dan langkah penyelesaian masih tidak kelihatan keberkesanan dan diharapkan pentadbiran UMS akan memandang serius mengenai hal yang kian memudarat ini untuk menjadikan UMS sebuah university yang bertaraf 5-bintang.

Nyawa anjing

Diri saya agak tersesat sedikit kerana belum pasti isi yang bakal saya menulis dalam blog kali ini. Cuma saya terasa simpati kepada anjing-anjing yang telah lama menuntut ilmu dalam UMS. Sebenarnya, anjing terbahagi epada banyak jenis, ada yang liar dan sebaliknya. Diri saya tidak berapa suka dengan anjing kerana selalu melihat puak anjing yang berkeliaran di merata-rata tempat.
Nyawa manusia, amat berharga, tapi macam mana dengan nyawa anjing? Saya yang ditugaskan untuk memastikan anjing dalam kampus berkurangan dan diharapkan akan pupus. Bukan UMS sahaja yang merupakan university terpaksa berperang dengan anjing, malahan university jiran kita, UNIMAS juga mempunyai masalah yang sama.
Anjing merupakan ciptaan tuhan, bernyawa, tetapi mungkin tidak berhak menentukan nasibnya. Dalam usaha tembakan anjing yang dilakukan oleh Bahagian Keselamatan UMS dengan bantuan DBKK, tembakan anjing telah dilakukan dengan angka yang tidak terhingga. Saya hairan juga berkenaan bilangan anjing yang masih hidup, kenapa boleh terlepas dari itu.
Jika dilihat dari sudut yang lain, mungkin anjing itu bernasib baik, dan saya juga tidak ingin melihat anjing-anjing ditembak mati. Apa kesalahan yang dilakukan oleh puak anjing ini? Adakah kerana ia selalu membuat perarakan di jalan raya dan mengancam keselamatan pelajar? Kami pernah menerima aduan tentang anjing yang mengancam pelajar, mengganggu pelajar, dan memasuki rumah.
Pernah sekali seorang pelajar menghantar mesej ke nombor semua ahli MT MPP, tanpa mengira kampus induk atau kampus Labuan. Kegeraman boleh dirasai dari mesej tersebut dengan penggunaan bahasa yang begitu marah. Bukan kami tidak menginginkan tembakan dibuat, anjing pun berotak juga, kalau manusia pandai menyembunyikan diri semasa diancam, begitu juga dengan anjing.
Anjing seolah-olah telah menerima maklumat bahawa tembakan akan dibuat dan terus menghilang. Usaha tembakan anjing ada kalanya boleh dikatakan adalah sia-sia kerana masalah kehilangan anjing secara tiba-tiba setiap kali tembakan anjing dibuat. Kalau diri kita merupakan anjing, kita juga tidak menginginkan tembakan dibuat. Binatang juga bernyawa, kalau kita tidak kacaunya, saya tidak merasa anjing akan menyerang kita. Walaubagaimanapun, usaha tembakan anjing akan diteruskan sehingga UMS berada dalam keadaan yang sejahtera.

Friday, July 25, 2008

Terpaksa, tiada pilihan!

Kalau dalam teori ekonomi yang pada awalnya saya belajari, setiap daripada kita tidak dapat terlepas daripada membuat pilihan, malahan pilihan itu semestinya membawakan kos lepas, dimana tiada manusia yang better-off sekiranya seorang lagi tidak menghadapi worse-off.
Pengalaman saya pada hari Selasa yang lepas adalah amat pahit. Diri saya berasa begitu serba salah kerana tidak dapat menolong pelajar-pelajar yang terpaksa menggugurkan kursus minor bagi Sekolah Perhutanan Tropikal Antarabangsa(SPTA) walaupun diri saya duduk dala dewan kuliah yang sama dengan mereka. Salah siapa? Bukan kita semua, orang yang mengaut keuntungan bagi sistem yang sedang memaju ke hadapan mungkin.
Setiap kursus mempunyai kuota, dimana mengukur mengikut had muatan dewan kuliah masing-masing. Apa yang berlaku di situ adalah, oleh kerana keutamaan perlu diberikan kepada pelajar final year, mereka terpaksa, tiada pilhan untuk menggugurkan kursus yang telah mereka mengikuti buat 3 minggu. Rasional yang mengatakan keutamaan haruslah diberikan kepada pelajar tahun akhir adalah betul, supaya mereka dapat menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan. pengorbanan pelajar tahun 2 yang dahulunya hanya dibenarkan mendaftar pada hari kedua semasa pendaftaran kursus, yang pernah saya melaluinya tidak seteruk keadaannya yang terpaksa ada pelajar menggugurkan kursus.
Mungkin sistem terdebut perlu diberikan penekanan dalam hal ini supaya mangsa pendaftaran tidak akan wujud lagi. Sememangnya kita semua menyambut baik pendaftaran secara online yang telah lama pelajar menanti-nantikan supaya memudahkan proses pendaftaran. Diri saya mengharapkan prihatin dari Bahagian Perkhidmatan Akademik untuk menghasilkan dan menaik taraf system tersebut supaya tidak menyusahkan para pelajar.
Mungkin sekadar ini sahaja pandangan diri saya dalam memperjuangkan segala kebajikan pelajar. Kegunaan perkataan dalam menulis blog ini yang perlu berhati-hati kerana pembaca amat mudah salah faham maklumat yang hendak disampaikan sehinggakan peringatan telah diberikan. Mungkin juga prinsip diri saya yang memperjuangkan kebajikan pelajar telah digredkan sebagai pro-pelajar yang saya tidak mempunyai sebarang ulasan dan komen berkenaan dengan itu kerana MPP tidak memihak kepada mana-mana pihak politik tetapi hanya kepada kebenaran.
Tugas saya yang menjadi seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan diberikan tanggungjawab untuk mewakili pelajar perlu saya utamakan dahulu dalam segala usaha untuk memperjuangkan hak dan kebajikan pelajar.